Thursday 29 March 2012

Pemantauan PLN Akuatik Mac 2012

LAPORAN PEMANTAUAN 
SUKAN: Akuatik

Tarikh:28 Mac 2012
Masa: 5.00-6.00ptg
Tempat: Kompleks Renang Cheras

Kehadiran: 

1. Qi Jian Hua- JLN
2. 6 orang atlet

LATIHAN
1m Springboard,3m Springboard entry
Teknikal Dive
Latihan bersama penerjun Elit Malaysia

UJIAN
 Tiada Ujian Yang Dijalankan


PERTANDINGAN
1. Seramai 4org penerjun tlh menyertai kej. Terjun MSSM di Sabah dan berjaya menggondol 4emas,3 perak dan 1 gangsa.

KECEDERAAN
Tiada Sebarang Kecederaan


PERALATAN
Peralatan meencukupi tetapi terdapat kekurangan kemudahan seperti tiada kipas di dalam Dry Gym.


PROGRAM BINAAN
Tiada Program Binaan


ULASAN

1. 2 orang penerjun iaitu Danial dan Dhabitah tlh
ditawarkan ke Pelapis Kebangsaan dan mula melapor diri di SSBJ selepas pulang dari kej. MSSM.

2. Jurulatih sedang giat membuat latihan bagi menghadapi kejohanan di Macau pada April ini dimana 2org penerjun pelapis negeri WP juga akan mengambil bahagian dibawah peruntukan MSWP.

3. Program TID akan dijalankan selepas SUKMA 2012 kerana JLN sedang giat menjalani latihan berjadual utk menghadapi SUKMA 2012.


Sekian terima kasih


Laporan di sediakan oleh:
Ahmad Norzahin B Mohamed Zain

Wednesday 28 March 2012

Pemantauan Pusat Latihan Skuasy Mac 2012

LAPORAN PEMANTAUAN 
SUKAN: SKUASY

Tarikh: 27 Mac 2012
Masa: 8.00mlm - 9.00mlm
Tempat: Pusat Skuasy Jalan Duta, Kuala Lumpur
Kehadiran: 

1. Lawrence Kwan Hon Wing - JSM
2. Atlet: 10 orang

LATIHAN
Para atlet menjalankan latihan di pusat latihan seperti biasa dibawah seliaan JSM dan juga jurulatih dari persatuan.


UJIAN
 Tiada Ujian Yang Dijalankan


PERTANDINGAN
1. Seramai 7 orang atlet telah ke Kejohanan Skuasy MSSM di Pulau Pinang.
2. Kejohanan yang akan datang ialah Kejohanan Skuasy CIMB National Junior Circuit 2nd Leg di Ipoh, Perak dan CIMB Rising Star National Junior Circuit 2nd Leg di Melaka

KECEDERAAN
Andrea Lee dilaporkan mengalami kecederaan hamstring.


PERALATAN
Tiada masalah mengenai peralatan.


PROGRAM BINAAN
Tiada Program Binaan


ULASAN
1. Latihan yang dijalankan berjalan lancar tanpa sebarang masalah
2. Perbincangan SDO dengan jurulatih menyentuh mengenai persiapan SUKMA Pahang dan sasaran untuk temasya sukan tersebut.


Sekian terima kasih


Laporan di sediakan oleh:

Sha'if bin Baharuddin
SDO Skuasy Wilayah Persekutuan
Tarikh:28 Mac 2012

Pemantauan Pusat Latihan Memanah Mac 2012

LAPORAN PEMANTAUAN 
SUKAN: MEMANAH

Tarikh: 27 Mac 2012
Masa: 2.00ptg - 3.00 ptg
Tempat: SMK St. John, Bukit Nenas, Kuala Lumpur

Kehadiran: 

1. Norlia Yahaya - JSM
2. Mohd Azlan Ibrahim - JSM
2. 13 orang atlet


LATIHAN
Pada hari tersebut, para atlet telah menjalani latihan memanah pada jarak 30m di bawah seliaan Encik Mohd Azlan manakala Puan Norlia mengendalikan latihan bagi para atlet baru.


UJIAN
 Tiada Ujian Yang Dijalankan


PERTANDINGAN
1. Seramai 3 orang atlet telah terpilih untuk mewakili Wilayah Persekutuan ke Kejohanan Memanah MSSM di Kuantan, Pahang dan seramai 8 orang atlet telah menyertai Kejohanan Memanah Sirkit Kebangsaan Pertama di UTeM, Melaka.

2. Kejohanan yang akan datang ialah Kejohanan Memanah UUM di Sintok, Kedah pada 2 hingga 6 Mei 2012

KECEDERAAN
Tiada sebarang kecederaan yang dimaklumkan


PERALATAN
5 unit 'target-butt' akan dihantar ke PLN dalam masa terdekat.


PROGRAM BINAAN
Tiada Program Binaan


ULASAN
1. Latihan yang dijalankan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
2. Atlet Mohd Afiq Qayyum bin Hassan telah ke Pelapis Serantau pada 24 Mac lepas.
3. Latihan giat dijalankan di PLN dan atlet-atlet yang terpilih untuk ke SUKMA menjalani latihan bersama persatuan di MSN Keramat pada Sabtu dan Ahad.


Sekian terima kasih


Laporan di sediakan oleh:
Sha'if bin Baharuddin
SDO Memanah Wilayah Persekutuan
Tarikh:28 Mac 2012

Thursday 22 March 2012

Laporan Pemantauan Sukan Berbasikal Mac 2012

LAPORAN PEMANTAUAN 
SUKAN: BERBASIKAL

Tarikh: 22 Mac 2012
Masa: 10am - 11am
Tempat: Velodrom Cheras,Kuala Lumpur

Kehadiran: 

1. Datuk Ng Joo Ngan- JPM
2. Hamdan Eusoff - JSM
3. 4org atlet


LATIHAN
Mod Latihan :100km dari Velodrom ke Mantin,N9
5sets long hill
3-4km per set
Speedwork


UJIAN
 Tiada Ujian Yang Dijalankan.


PERTANDINGAN
1. Seramai 12org atlet bru pulang dari Kej. Berbasikal GP Kedah Sirkit 1. Keputusan pelumba pelumba adalah baik dimana majoriti pelumba dapat menghabiskan perlumbaan.

2. Kejohanan yang akan datang ialah Kejohanan Sportexel Sirkit 2 di Perlis dan Kej. Trek Remaja Kebangsaan Sirkit 1 di Ipoh.


KECEDERAAN
Tiada Sebarang Kecederaan


PERALATAN
Peralatan adalah mencukupi buat masa ini dan pihak
MSWP akan membeli 4biji basikal Time Trial dan 2Mountain Bike sebagai persediaan ke SUKMA


PROGRAM BINAAN
Program TID dan Klinik Berbasikal tlh dijalankan pd
bln Feb lepas.


ULASAN

1. SDO mendengar laporan dari JPM mengenai kejohanan lepas . Rata rata pelumba mencapai tahap
memuaskan. Terdapat beberapa pelumba tidak menamatkan perlumbaan kerana kemalangan dan tayar bocor
2. SDO memaklumkan ttg bantuan peruntukan petrol dan penyelenggaraan basikal secara bulanan kepada Pasukan Berbasikal WP.
3. Selain itu,pasukan Berbasikal WP yg akan menyertai SUKMA juga akan diberi bantuan makanan tambahan.
4. Tiada masalah berlaku semasa latihan dijlnkan dan pusat latihan di Velodrom berada dalam keadaan yg baik.


Sekian terima kasih


Laporan di sediakan oleh:
Ahmad Norzahin B Mohamed Zain

Tuesday 20 March 2012

Pemantauan Pusat Latihan Menembak Wilayah Persekutuan

LAPORAN PEMANTAUAN 
SUKAN: MENEMBAK


Tarikh: 19 Mac 2012
Masa: 3.00ptg - 5.00mlm
Tempat: Lapangsasar PULAPOL, Kuala Lumpur

Kehadiran: 

1. Lanahon Ambok Selepa - JPM
2. 10 orang atlet


LATIHAN
Pada hari tersebut atlet-atlet telah menjalani latihan menembak 10m Pistol, 10m Rifle dan 50m Rifle. Untuk  latihan ini Jurulatih En Lanahon meminta atlet-atlet membuat tembakan sebanyak 30 tembakan.


UJIAN
 Tiada Ujian Yang Dijalankan


PERTANDINGAN
1. Seramai 6 orang atlet telah pun menyertai Kejohanan Menembak Sirkit 2/ 2012 yang diadakan pada 01 - 04 Mac 2012 di Lapangsasar Subang, Selangor

2. Kejohanan yang akan datang ialah Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Sirkit 3/2012 pada 12 - 15 April 2012.


KECEDERAAN
Tiada Sebarang Kecederaan


PERALATAN
Peralatan masih lagi  tidak mencukupi walaupun pihak PDRM meminjamkan senjata.


PROGRAM BINAAN
Tiada Program Binaan


ULASAN

1. Latihan yang dijalankan berjalan lancar tanpa sebarang masalah
2. Peralatan masih lagi tidak mencukupi
3. Jurulatih sedang giat membuat latihan bagi menghadapi kejohanan yang akan datang dan persiapan SUKMA di pahang
4. Terdapat banyak kerosakan di Lapangsasar PULAPOL dan menyukarkan sesi latihan walaubagaimanapun latihan masih lagi dapat dijalankan.


Sekian terima kasih


Laporan di sediakan oleh:

Zurina Bt Khalit
SDO Menembak Wilayah Persekutuan
Tarikh:20.02.2012

Monday 19 March 2012

Pemantaun Pusat Latihan Tenpin Boling Wilayah Persekutuan

LAPORAN PEMANTAUAN 

SUKAN: TENPIN BOLING

Tarikh: 18 Mac 2012

Masa: 5.00ptg - 9.00mlm

Tempat: Megalanes Endah Parade, Kuala Lumpur

Kehadiran: 

1. Dzulkarnain Sapian - JPM

2. Choo Yew Kuan - JSM

3. Steven Teng - Jurulatih Persatuan

4. 40 orang atlet


LATIHAN

Pada 13 Mac 2012 adalah hari pertama latihan bagi sukan Tenpin Boling Wilayah Persekutuan bagi sesi 2012. Hasil pemantauan yang telah dibuat atlet-atlet hanya menjalani latihan seperti biasa kerana jurulatih mengarahkan supaya atlet-atlet dapat menyesuaikan diri dengan tempat latihan.

UJIAN

 Tiada Ujian Yang Dijalankan

PERTANDINGAN

1. Seramai 23 orang atlet telah pun menyertai Kejohanan Sportexcel Junior Circuit Perak Leg 2012 yang diadakan pada 02 - 04 Mac 2012 di Ampang Superbowl Ipoh Parade, Perak.

2. Kejohanan yang akan datang ialah Sportexcel Junior Circuit Negeri Sembilan Leg 2012 pada 30 Mac - 1 April 2012.

KECEDERAAN

Tiada Sebarang Kecederaan

PERALATAN

Peralatan sendiri

PROGRAM BINAAN

Tiada Program Binaan

ULASAN

1. Latihan Tenpin Boling akan di jalankan pada setiap hari Khamis (8 -10malam) dan Sabtu&Ahad (6 - 8malam).

2. Jurulatih Choo Yew Kuan akan melatih atlet-atlet program AA dan Jurulatih Dzulkarnain akan melatih program AAA.

3. Atlet-atlet telah diberi amaran mengenai Kedatangan Latihan.

4. Diharap pihak MSN dapat menambah Lanes kerana lanes yang diperuntukkan tidak mencukupi. Pihak USPTWP memohon pertambahan lanes sebanyak 4 lanes.

Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

Zurina Bt Khalit
SDO Tenpin Boling Wilayah Persekutuan
Tarikh:19.02.2012