Friday 21 June 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN TAEKWONDO

Tarikh : 20 Jun 2013 (Khamis)
Masa : 3.30 petang - 5.30 petang
Tempat : Gimnasium Unit Sukan Cochrane, Jalan Maran / Taman Tasik Titiwangsa

Kehadiran
1. 12 orang atlet.
2. JSM - En. Selvamuthu 

Ulasan
1. Latihan ketahanan dan kecergasan dijalankan di sekitar Taman Tasik Titiwangsa.
2. SDO berbincang dengan JSM mengenai kejohanan yang telah disertai serta kejohanan yang bakal disertai.
3. Prestasi atlet amat memuaskan dan baik.

Kecederaan
1. 4 orang atlet cedera semasa Kejohanan 3RD LEG SPORTEXCEL-NSC-MILO-TM NATIONAL JUNIOR & SENIOR Taekwondo Circuit 2013 bertempat di Johor Bahru dan sedang dalam proses pemulihan.

Sekian, terima kasih.

MOHD MUZHAFAR BIN HAMDAN
PPN USPTWP

Monday 17 June 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN MEMANAH

Tarikh : 15 Jun 2013 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Kompleks Sukan MSN AU 2 Keramat

Kehadiran
1. 10 orang atlet.
2. 1 Jurulatih, Tan Peng Loon.

Ulasan
1. Latihan dijalankan seperti biasa.
2. Atlet dan pengurus membuat post-mortem Kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan Bawah 16 Tahun yang berlangsung pada minggu lepas.

Kecederaan
1. Tiada sebarang kecederaan.

Sekian, terima kasih.

MOHD MUZHAFAR BIN HAMDAN
PPN USPTWP

Thursday 13 June 2013

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN MENEMBAK WILAYAH PERSEKUTUAN

LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN MENEMBAK WILAYAH PERSEKUTUAN BERSAMA PENGURUS PELAPIS NEGERI MSN

Tarikh : 12 Jun 2013
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Lapangsasar PULAPOL Kuala Lumpur
Kehadiran Atlet : 1 Orang
Kehadiran Jurulatih : 1 Orang

LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN

PPN bersama-sama Pengurus Pelapis Negeri Puan Nazlin Shima Binti Rosli telah memantau pusat latihan Menembak Wilayah Persekutuan di Lapangsasar PULAPOL Kuala Lumpur.

Beberapa perkara telah dibincangkan antaranya:-
1) Pusat Latihan
- Pusat Latihan Menembak dalam berkeadaan kurang memuaskan kerana terdapat banyak kerosakan walaubagaimana pun latihan tetap dijalankan dan masih boleh digunakan.

2) Peralatan
- Kekurangan peralatan merupakan masalah utama bagi Sukan Menembak Wilayah Persekutuan.Atlet terpaksa berkongsi 1 senjata untuk 4 atau 5 orang. Jurulatih terpaksa meminjam senjata dari pihak PDRM.

3)Program Latihan
- Latihan yang dijalan berjalan lancar mengikut program yang ditetapkan tanpa sebarang masalah. Selain itu, kebanyakan atlet menjalani latihan di sebelah petang. Tiada sebarang masalah sepanjang pemantauan.


SEKIAN, TERIMA KASIH

ZURINA KHALIT
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
USPT WILAYAH PERSEKUTUAN

Wednesday 12 June 2013

LAPORAN PEMANTAUAN SKUASY WILAYAH PERSEKUTUAN

LAPORAN PEMANTAUAN
SUKAN: SKUASY

Tarikh: 11 Jun 2013 (Rabu)
Masa: 8.00mlm - 10.00mlm
Tempat: Kompleks Squash Negara, Persiaran Jalan Duta

Kehadiran:
1. Kwan Hon Wing - JSM
2. 8 orang atlet

LATIHAN
Latihan berjalan lancar tanpa sebarang masalah. 

UJIAN
Tiada ujian dijalankan.

KECEDERAAN
Tiada Sebarang Kecederaan.

PERALATAN
Peralatan sendiri

PROGRAM BINAAN
Tiada Program Binaan

ULASAN
1.Atlet giat menjalani latihan.
2.Perbincangan dengan Setiausaha Kehormat Persatuan Skuasy Kuala Lumpur mengenai permohonan bantuan kejohanan di Luar Negara (Jepun).
3.Latihan di jalankan tanpa sebarang masalah dan berjalan lancar.

Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh:
Zurina Bt Khalit
PPN Wilayah Persekutuan

Friday 7 June 2013

Pemantauan Pusat Latihan Menembak

Tarikh: 06.06.2013
Masa: 3.00ptg - 5.00ptg
Tempat: Lapangsasar PULAPOL, Kuala Lumpur

Kehadiran:
1. Lanahon Ambok Selepa - JPM
2. 10 orang atlet

LATIHAN
Pada hari tersebut atlet-atlet telah menjalani latihan menembak 10m Rifle dan pistol 10m. Latihan ini dipantau oleh En Lana Hon Ambok Selepa.

UJIAN
Tiada Ujian Yang Dijalankan

PERTANDINGAN
Tiada kejohanan yang disertai.

KECEDERAAN
Tiada Sebarang Kecederaan

PERALATAN
Peralatan masih lagi tidak mencukupi. Walaubagaimanapun pihak PDRM telah memberi kebenaran untuk meminjam Senjata Api.

PROGRAM BINAAN
Tiada Program Binaan

ULASAN
1. Latihan yang dijalankan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
2. Kekurangan senjata untuk latihan.
3. Atlet menjalani latihan sepanjang hari.
4. Diharap baik pulih lapangsasar dapat dibuat dengan kadar yang segera.


Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh:

Zurina Bt Khalit
SDO Menembak Wilayah Persekutuan

Thursday 6 June 2013

Fwd: Pemantauan Pusat Latihan Badminton W.Persekutuan Kuala Lumpur







Tempat: Stadium Badminton Cheras
Masa   : 9.30-11.00 am
Tarikh. : 5 Jun 2013

Kehadiran:  
Penyelaras Negeri.
                  2 Jurulatih Persatuan & 29          
                  orang atlet


Pusat Latihan: 
Kebocoron bumbung pusat latihan masih lagi tidak dapat diselesaikan dan ia sedikit sebanyak menganggu latihan yang dijalankan sekiranya hari hujan.

Kejohanan: 
Pasukan Kuala Lumpur akan menyertai Kejohanan Badminton GP Akhir yang  akan diadakan di Kuantan Pahang pada 12 hingga 16 Jun 2013

Kecederaan  :
Tiada kecederaan dilaporkan.

Ulasan :

1. Kehadiran atlet amat memuaskan pada sebelah pagi kerana cuti bersekolah dan ini merupakan satu peluang untuk mereka berlatih dengan lebih giat lagi.

2. Jurulatih banyak membincangkan mengenai persiapan pasukan Kuala Lumpur ke kejohanan yang akan datang dan memuji sikap pemain yang menunjukkan disiplin yang tinggi semasa latihan.

3. Persatuan Badminton Kuala Lumpur yang kini mempunyai seorang jurulatih sepenuh masa dan jurulatih separuh masa telah menunjukkan komitmen yang amat baik dari segi program latihan dan berjaya mengawal atlet yang ramai dgn begitu baik.

Sekian
Laporan disediakan oleh 

Mohd Dinie Suhami
PPN USPTWP

Wednesday 5 June 2013

LAPORAN KEJOHANAN ANGKAT BERAT KEBANGSAAN BAWAH 12 TAHUN & 16 TAHUN 2013

Salam..

Tarikh : 27 - 29 Mei 2013
Masa : 8.00pg - 6.00ptg
Tempat : Wisma Sukan, Jalan Telipot Kota Bharu, Kelantan

Ulasan
1. Kejohanan disertai oleh seramai 18 orang atlet wilayah persekutuan.
2. Kejohanan juga disertai oleh seorang atlet serantau iaitu Jabriellah Teo Samuel.
3. Atlet wilayah persekutuan berjaya meraih 6 emas, 6 perak dan 2 gangsa dalam kedua-dua ketegori umur.
4. Bagi ketegori umur bawah 12 tahun, Jeordan Teo Samuel memperoleh 2 emas, Nur Atikah Mohd Sobri 2 emas, dan Che Rabiatul Maisarah 2 perak.
5. Bagi kategori umur bawah 16 tahun, Ndri Saparudin memperoleh 2 emas, Muhammad Hazirul 2 perak, Afiq Haziq Daniel 2 perak, Elfarado Roy Matin 1 gangsa dan Erry Hidayat 1 gangsa.

Kecederaan
1. Tiada kecederaan

Sekian



--
MOHD AZRI HEIKAL B ABD LATIF
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN WP
Renang, Terjun, Angkat Berat
019-4308772 / 03-8892 6712
usptnwp.blogspot.com