Thursday 13 June 2013

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN MENEMBAK WILAYAH PERSEKUTUAN

LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN MENEMBAK WILAYAH PERSEKUTUAN BERSAMA PENGURUS PELAPIS NEGERI MSN

Tarikh : 12 Jun 2013
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Lapangsasar PULAPOL Kuala Lumpur
Kehadiran Atlet : 1 Orang
Kehadiran Jurulatih : 1 Orang

LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN

PPN bersama-sama Pengurus Pelapis Negeri Puan Nazlin Shima Binti Rosli telah memantau pusat latihan Menembak Wilayah Persekutuan di Lapangsasar PULAPOL Kuala Lumpur.

Beberapa perkara telah dibincangkan antaranya:-
1) Pusat Latihan
- Pusat Latihan Menembak dalam berkeadaan kurang memuaskan kerana terdapat banyak kerosakan walaubagaimana pun latihan tetap dijalankan dan masih boleh digunakan.

2) Peralatan
- Kekurangan peralatan merupakan masalah utama bagi Sukan Menembak Wilayah Persekutuan.Atlet terpaksa berkongsi 1 senjata untuk 4 atau 5 orang. Jurulatih terpaksa meminjam senjata dari pihak PDRM.

3)Program Latihan
- Latihan yang dijalan berjalan lancar mengikut program yang ditetapkan tanpa sebarang masalah. Selain itu, kebanyakan atlet menjalani latihan di sebelah petang. Tiada sebarang masalah sepanjang pemantauan.


SEKIAN, TERIMA KASIH

ZURINA KHALIT
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
USPT WILAYAH PERSEKUTUAN

No comments:

Post a Comment