Showing posts with label Memanah. Show all posts
Showing posts with label Memanah. Show all posts

Wednesday, 30 October 2013

LAPORAN KEJOHANAN MEMANAH SIRKIT KEBANGSAAN PERTAMA DAN TERBUKA PKS UNISZA 2013

Tarikh : 23 - 27 Oktober 2013
Masa : 8.00pg - 6.00ptg
Tempat : UniSZA Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu

Ulasan
1. Kejohanan disertai oleh seramai 12 orang atlet Wilayah Persekutuan.
2. Wilayah Persekutuan meraih 1 pingat Perak dan 1 pingat Gangsa menerusi kategori Compound Berpasukan Perempuan.
3. Kejohanan ini merupakan pentas pendedahan terbaik untuk atlet pelapis Wilayah Persekutuan.
4. Diharapkan kejohanan sebegini dapat dikekalkan bagi melahirkan atlet-atlet pelapis berbakat dalam sukan memanah.

Kecederaan
1. Tiada sebarang kecederaan

Sekian, terima kasih.

MOHD MUZHAFAR BIN HAMDAN
PPN USPTWP

Sunday, 31 March 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN MEMANAH USPTWP MAC 2013

Tempat: Kompleks Sukan MSN Keramat, Kuala Lumpur
Tarikh: 31 Mac 2013
Masa: 9.30 pagi - 11.00 pagi

1. Latihan berjalan seperti biasa di bawah seliaan JSM dan dibantu oleh jurulatih dari pihak persatuan.

2. SDO turut memaklumkan bahawa pihak Cawangan Pelapis akan memberikan "target-butt" kepada PLN.

3. Beberapa orang atlet akan menyertai kejohanan UUM Open 2013 yang akan berlangsung pada awal Mei kelak.

4. Tiada sebarang masalah sepanjang pemantauan dilakukan.

Tuesday, 31 January 2012

Pemantauan PLN Memanah Januari 2012

Tarikh: 31 Januari 2012
Masa: 2.30 petang - 3.30 petang
Tempat: SMK St. John, Kuala Lumpur
Kehadiran: JSM, 2 guru dan 13 atlet

Perjumpaan bersama JSM:
Sepertimana yang telah dibincangkan dalam Mesyuarat JKK pada 27 Januari yang lalu, Pn. Norlia telah bersetuju untuk menyambung kontrak.

Buat masa ini, JSM dibantu oleh dua orang guru SMK St. John iaitu Encik Azlan dan Cik Tamil Malar.

Perbincangan mengenai kejohanan terdekat iaitu MSSWP yang akan berlangsung pada 13 hingga 17 Februari 2012 di Sekolah Pengkalan Tentera Darat, Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Perjumpaan bersama atlet:
SDO bertemu dengan atlet lama dan diperkenalkan kepada atlet-atlet baru.

Para atlet giat menjalani latihan sebagai persiapan bagi kejohanan MSSWP.

Tiada masalah sepanjang pemantauan dijalankan.

Sekian, terima kasih.

SHA'IF BIN BAHARUDDIN
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Wilayah Persekutuan
Memanah dan Skuasy

Tuesday, 4 October 2011

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN USPTN LABUAN BERSAMA PENGURUS PELAPIS NEGERI

Assalamualaikum w.b.t

LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN USPTN LABUAN BERSAMA PEGAWAI MSN


Tarikh : 3 - 4 Oktober 2011
Masa : 2 hari
Tempat : PLN Memanah Labuan, Lawn Bowl Labuan, Martial Art Association (Tinju), Kompleks JBS Labuan (Angkat Berat)
Kehadiran Atlet : 10 (Memanah), 6 ( Angkat Berat ), 10 (Lawn Bowl), 6 (Tinju)
Kehadiran Jurulatih : 5

LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN

SDO USPTN WP, En. Zahin dan En. Shaif bersama sama SDO USPTN Labuan, Cik Salmah menyertai
pegawai dari Cawangan Pelapis, En Adam memantau pusat pusat latihan bagi sukan dibawah Unit sukan Prestasi Tinggi Negeri WP Labuan selama 2 hari.


Sukan yang tebabit adalah Memanah, Angkat Berat, Lawn Bowls dan Tinju

Beberapa perkara telah dibincangkan antaranya:-

1) Pusat Latihan
- Semua Pusat latihan negeri sukan sukan dibawah USPTN Labuan berada dalam keadaan baik.
- Lanjutan dari pemantauan pada Ogos lalu, sukan Angkat Berat telah berpindah ke pusat latihan yang
baru milik Jabatan Belia dan Sukan Labuan dimana keadaan yang selesa dan teratur.


2) Peralatan
- Kekurangan peralatan merupakan masalah utama bagi semua sukan dibawah USPTN Labuan. Ia sedikit
merencatkan program latihan yang dirancang oleh jurulatih selama 1 tahun kerana faktor kekurangan dan
kerosakan pada peralatan untuk sukan sukan tersebut.

3) Program latihan
- Latihan berjalan lancar tanpa sebarang masalah kerana tiada perkongsian fasiliti dengan orang awam,
dan jadual yang fleksibel untuk pelajar menjalani latihan

Sekian, terima kasih








AHMAD NORZAHIN BIN MOHAMED ZAIN
SHAIF BIN BAHARUDIN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
USPTN WP

Thursday, 28 July 2011

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN MEMANAH JULAI 2011

Salam...


Tarikh : 28hb Julai 2011
Masa : 9.30 - 10.30am
Tempat : SMK St. John, Jalan Bukit Nenas, Kuala Lumpur
Kehadiran Atlet : 9 orang
Kehadiran Jurulatih : 1 orang bersama seorang pembantu

LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN

Latihan yang dijalankan berjalan dengan lancar dan tiada masalah berlaku semasa sesi latihan.

1) SDO berbincang bersama persatuan JSM (Puan Norlia) mengenai pencapaian atlet di dalam Kejohanan Memanah Sirkit Kebangsaan yang telah berlangsung pada 6-10 Julai yang lalu.

2) JSM memaklumkan bahawa beliau tidak akan menyambung kontrak sebagai jurulatih memandangkan bel






4) JSM turut membawa SDO untuk melihat stor penyimpanan barang-barang untuk Pusat Latihan Memanah.

5) Tiada sebarang masalah sepanjang pemantauan.

Sekian, terima kasih



SHA'IF BIN BAHARUDDIN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
MEMANAH
012-3242213

Thursday, 31 March 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sukan Memanah Bil. 1 2011


MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA SUKAN MEMANAH
TARIKH : 31HB MAC 2011
MASA : 11.30 AM - 1.30 PM
KEHADIRAN : 7 ORANG

Senarai Kehadiran
1). Ketua Unit USPTWP (En Mohd Hazriq Ikhwan Bin Mohd Sharif)
2). Puan Aida Nurdiana Binti Zuber - PPN
3). Cik Zurina Khalit - PPN
4). En Ahmad Norzahin Bin Mohamed - PPN
5). En Hafizzullah Bin Mohd Sohi - Penyelaras Sukan Memanah MSWP
6). Puan Norlia Bt Yahaya - Jurulatih
7). Wakil Persatuan ( En. Ghazali)

1). Salam sejahtera, satu mesyuarat JKK Sukan Memanah bil. 1 2011 telah selesai diadakan yang dipengerusikan oleh KU USPTWP , En. Mohd Hazriq Ikhwan b. Mohd Sharif,
2). Seramai 7 orang ahli mesyuarat yang hadir yang terdiri daripada KU USPTWP.
Antara agenda - agenda yang telah dibincangkan semasa mesyuarat berlangsung ialah:-

2.1) Perbentangan PPN Program latihan 2011
-Pusat Latihan
-Jurulatih
-Atlet
-Pertandingan

2.2.) Perbincangan Program Binaan

3.3) Hal-Hal Lain
- Masalah Pusat Latihan
- Masalah Jurulatih
- Masalah Peralatan
- Masalah Atlet PLN dan Atlet Persatuan ke Kejohanan

3.4) Penangguhan Mesyuarat pada 1.30 Tengah hari.


Sekian, terima kasih.

AIDA NURDIANA BT ZUBER
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
ANGKAT BERAT, MEMANAH, GIMRAMA & SKUASY
USPTWP