Wednesday 29 June 2011

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN AKUATIK JUN 2011

Assalamualaikum..


LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN, PERJUMPAAN JURULATIH / ATLET / PERSATUAN


Tarikh : 28hb Jun 2011
Masa : 5.00pm - 7.00pm
Tempat : Kompleks Renang Cheras,Kuala Lumpur
Kehadiran Atlet : 30
Kehadiran Jurulatih : 2

LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN

SDO memantau program latihan sukan akuatik iaitu renang dan terjun serta berjumpa dengan persatuan, jurulatih dan atlet.

Perbincangan telah dilakukan dengan beberapa pihak seperti : -

1) Perjumpaan bersama persatuan (Cik Jessie) : SDO berjumpa dan berbincang bersama persatuan mengenai
kejohanan Sportexcel Grand Final yang akan dianjurkan oleh PRA KL di samping mengambil laporan jurulatih
dan kejohanan Sportexcel 1st Leg.

1) Perjumpaan bersama jurulatih : Bagi sukan renang, JSM memaklumkan terdapat beberapa perenang baru yang telah di tapis dan akan di bawa masuk kedalam program pelapis negeri di bawah seliaan dan tunjuk ajar JSM.
SDO mengambil maklum dan akan mendaftar perenang perenang baru ke dalam program pelapis negeri.

Bagi sukan terjun pula, terdapat 2 perkara di bangkitkan oleh JLN, iaitu berkenaan TID fasa 1 yang akan dibuat pada bulan Julai ini di 4 buah sekolah di sekitar Cheras. TID fasa 1 akan diadakan selepas kem bakat terjun yang akan diadakan pada pertengahan Julai ini. Selain itu, JLN memberitahu SDO tentang visa yang akan tamat pada
hujung bulan Julai. SDO akan mengambil tindakan tentang perkara ini.

2) Perjumpaan bersama atlet : Perenang dan penerjun tidak menghadapi sebarang masalah dan menjalani latihan
dengan tekun. Bagi atlet renang, mereka berlatih dengan bersungguh sungguh untuk menghadapi Kej. Renang Sportexcel pada Julai ini. Manakala, penerjun WP berlatih bersama penerjun Pelapis Kebangsaan tanpa sebarang masalah.

Sekian, terima kasih



AHMAD NORZAHIN BIN MOHAMED ZAIN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI






AKUATIK
USPTWP
0193680824

Friday 24 June 2011

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN BERBASIKAL JUN 2011

Assalamualaikum..


LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN, PERJUMPAAN JURULATIH / ATLET / PERSATUAN


Tarikh : 23hb Jun 2011
Masa : 4.30 - 5.15pm
Tempat : Velodrom Cheras. Kuala Lumpur
Kehadiran Atlet : 11
Kehadiran Jurulatih : 2
Mod Latihan : Light Training

LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN

Pelumba pelumba hanya menjalani latihan ringan iaitu di Gim Velodrom yang terdapat beberapa peralatan seperti mesin sit up
dan dumb bell sebagai persediaan mereka pada kejohanan GP Kebangsaan Sirkit 4 di Pahang pada minggu ini. SDO sedia maklum dan akan menyertai pasukan WP ke Pahang.

Perbincangan telah dilakukan dengan beberapa pihak seperti : -

1) Perjumpaan bersama jurulatih : JPM memaklumkan tentang pergerakan pelumba pelumba ke Pahang yang akan mengayuh basikal dari Velodrom sehingga ke Pahang pada pukul 7pagi. JPM juga memaklumkan pusat latihan iaitu Velodrom telah dilengkapi dgn bilik penginapan untuk pelumba pelumba berehat dan tidur di Velodrom sekaligus memberi kemudahan kepada jurulatih dan atlet untuk menjalani latihan pada pagi dan petang.

2) Perjumpaan bersama atlet : Pelumba memaklumkan tentang kemudahan penginapan yang disediakan yang selesa dan memberi kemudahan kepada mereka untuk menjalani latihan pada setiap hari. Tiada masalah dihadapi tentang sesi persekolahan mereka kerana pelumba terdiri dari pelajar sekolah di sekitar Cheras dan Bandar Tun Razak.

Sekian, terima kasih







AHMAD NORZAHIN BIN MOHAMED ZAIN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
BERBASIKAL
USPTWP
0193680824