Thursday 28 July 2011

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN MEMANAH JULAI 2011

Salam...


Tarikh : 28hb Julai 2011
Masa : 9.30 - 10.30am
Tempat : SMK St. John, Jalan Bukit Nenas, Kuala Lumpur
Kehadiran Atlet : 9 orang
Kehadiran Jurulatih : 1 orang bersama seorang pembantu

LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN

Latihan yang dijalankan berjalan dengan lancar dan tiada masalah berlaku semasa sesi latihan.

1) SDO berbincang bersama persatuan JSM (Puan Norlia) mengenai pencapaian atlet di dalam Kejohanan Memanah Sirkit Kebangsaan yang telah berlangsung pada 6-10 Julai yang lalu.

2) JSM memaklumkan bahawa beliau tidak akan menyambung kontrak sebagai jurulatih memandangkan bel






4) JSM turut membawa SDO untuk melihat stor penyimpanan barang-barang untuk Pusat Latihan Memanah.

5) Tiada sebarang masalah sepanjang pemantauan.

Sekian, terima kasih



SHA'IF BIN BAHARUDDIN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
MEMANAH
012-3242213

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SKUASY JULAI 2011

Salam

Tarikh : 27hb Julai 2011
Masa : 8.30 - 10.00pm
Tempat : Kompleks Skuasy Jalan Duta, Kuala Lumpur
Kehadiran Atlet : 7 orang
Kehadiran Jurulatih : 2 orang jurulatih pinjaman dan Setiausaha Kehormat Persatuan Skuasy Kuala Lumpur

LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN

Latihan yang dijalankan berjalan dengan lancar dan tiada masalah berlaku semasa sesi latihan.

1) SDO berbincang bersama Tuan Haji Ampandi (Setiausaha) mengenai program latihan bagi atlet memandangkan ketiadaan jurulatih.

2) Tuan Haji Ampandi memaklumkan bahawa buat masa ini, atlet dilatih oleh jurulatih pinjaman iaitu Kenneth Low dan Lorent. Persatuan mencadangkan untuk melantik Kenneth Low sebagai jurulatih.

3) SDO bersama-sama dengan Tuan Haji Ampandi dan jurulatih pinjaman turut berbincang mengenai persiapan atlet untuk kejohanan-kejohanan yang akan datang.

4) Tiada sebarang masalah sepanjang pemantauan.

Sekian, terima kasih



SHA'IF BIN BAHARUDDIN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SKUASY
012-3242213



PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN GIMRAMA JULAI 2011

Salam

Tarikh : 25hb Julai 2011
Masa : 2.30 - 3.30pm
Tempat : Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara.
Kehadiran Atlet : 8 orang
Kehadiran Jurulatih : 2 orang

LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN

Latihan yang dijalankan berjalan dengan lancar dan tiada masalah berlaku semasa sesi latihan.

1) SDO berbincang dengan jurulatih mengenai penyertaan atlet gimrama di dalam Kejohanan SportExcel Gimrama 2011 yang telah berlangsung pada 16-17 Julai lalu.

2) SDO turut berbincang dengan JLN (Cik Eriko Akebayashi) mengenai status permohonan penyambungan kontrak beliau.

3) JPM (Puan Rosniza Abu Bakar) turut menyatakan bahawa beliau telah dipanggil untuk menyertai Kursus Sains Sukan Tahap 3 yang akan diadakan pada bulan Ogos nanti.

3) Tiada sebarang masalah sempanjang pemantauan.

Sekian, terima kasih



SHA'IF BIN BAHARUDDIN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
GIMRAMA
012-3242213




Thursday 7 July 2011

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN TINJU LABUAN JULAI 2011

Salam Sejahtera,



SUKAN : Tinju
TARIKH : 5hb Julai 2011 (Selasa)
MASA : 6.00 - 7.15 ptg
TEMPAT : Pusat Kombat MSL, AT Martial Art Equipment, WP Labuan
PROGRAM : Pemantauan sesi latihan ketahanan fizikal.
PROGRAM MULA : 6.00 ptg
KEHADIRAN ATLET : 6 orang ( 5 atlet pusat / seorang atlet baru)
KEHADIRAN JURULATIH : 1 orang
LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN :

1. 2 orang atlet yang datang awal memulakan latihan kecergasan sendiri dengan lari selama 15minit di kawasan pusat latihan.

2. Program Latihan yang diberikan
a) Skipping 3 minit (5x)
b) latihan tumbukan 3 minit (5x)
c) Bangkit tubi 5 minit (2x)
d) jatuhkan medicine ball pada perut atlet 10x utk atlet 17-20 thn manakala 8x utk atlet 14-16 thn

3.Setiap atlet yang hadir pada sesi latihan menunjukkan komitmen yang tinggi pada program yang diatur bagi memastikan prestasi bertambah baik agar terpilih untuk mewakili Labuan di sirkit akan datang yang dijangka Oktober nanti

4. Perbincangan bersama JSM bagi persiapan dan kelayakan atlet tinju Labuan yang boleh diketengahkan untuk sesi pemilihan wakil Wilayah Persekutuan di SUKMA Pahang 2012.

5. JSM juga memaklumkan akan bergerak ke KL pada 07.07.2011 untuk mesyuarat penyelarasan SUKMA 2012 di MSWP pada 08.07.2011 dan balik ke Labuan pada 09.07.2011. Ini bermakna tiada sesi latihan dibuat pada hari jumaat nanti. Namun begitu latihan akan berjalan seperti biasa setelah beliau kembali dari KL.

Sekian, terima kasih.


Hamidah Mulok
Pembantu Tadbir (N17) /
Memikul tugas Peg Pembangunan Negeri
(Tinju & Boling Padang)
USPTN WP Labuan






"1 BELIA 1 MALAYSIA"

Friday 1 July 2011

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA USPTN LABUAN BIL 1 2011

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA USPTN LABUAN BIL 1 2011
TARIKH : 30HB JUN 2011
MASA : 2.30 PM - 5.30PM
SUKAN : MEMANAH,ANGKAT BERAT, BOLING PADANG, TINJU
KEHADIRAN : 14 ORANG

Salam sejahtera, satu mesyuarat JKK bil. 1 2011 sukan sukan prestasi tinggi di WP Labuan telah selesai diadakan. Mesyuarat ini dihadiri oleh 4 orang pegawai USPTN KL,1 orang pegawai MSWP, 2 orang pegawai USPTN WP,4 orang jurulatih dan 3 orang dari wakil persatuan sukan negeri.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh KU USPTN WP, En. Mohd Hazriq Ikhwan. Terdapat banyak perkara yang dibincangkan semasa mesyuarat diadakan, antaranya sewaan pusat latihan, program latihan atlet separuh masa, cadangan penambahan jurulatih dari beberapa sukan, pencapaian atlet atlet Pelapis Negeri di WP Labuan dan masalah kekurangan peralatan latihan.

Sekian, terima kasih.

USPTWP LABUAN