Thursday, 7 July 2011

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN TINJU LABUAN JULAI 2011

Salam Sejahtera,



SUKAN : Tinju
TARIKH : 5hb Julai 2011 (Selasa)
MASA : 6.00 - 7.15 ptg
TEMPAT : Pusat Kombat MSL, AT Martial Art Equipment, WP Labuan
PROGRAM : Pemantauan sesi latihan ketahanan fizikal.
PROGRAM MULA : 6.00 ptg
KEHADIRAN ATLET : 6 orang ( 5 atlet pusat / seorang atlet baru)
KEHADIRAN JURULATIH : 1 orang
LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN :

1. 2 orang atlet yang datang awal memulakan latihan kecergasan sendiri dengan lari selama 15minit di kawasan pusat latihan.

2. Program Latihan yang diberikan
a) Skipping 3 minit (5x)
b) latihan tumbukan 3 minit (5x)
c) Bangkit tubi 5 minit (2x)
d) jatuhkan medicine ball pada perut atlet 10x utk atlet 17-20 thn manakala 8x utk atlet 14-16 thn

3.Setiap atlet yang hadir pada sesi latihan menunjukkan komitmen yang tinggi pada program yang diatur bagi memastikan prestasi bertambah baik agar terpilih untuk mewakili Labuan di sirkit akan datang yang dijangka Oktober nanti

4. Perbincangan bersama JSM bagi persiapan dan kelayakan atlet tinju Labuan yang boleh diketengahkan untuk sesi pemilihan wakil Wilayah Persekutuan di SUKMA Pahang 2012.

5. JSM juga memaklumkan akan bergerak ke KL pada 07.07.2011 untuk mesyuarat penyelarasan SUKMA 2012 di MSWP pada 08.07.2011 dan balik ke Labuan pada 09.07.2011. Ini bermakna tiada sesi latihan dibuat pada hari jumaat nanti. Namun begitu latihan akan berjalan seperti biasa setelah beliau kembali dari KL.

Sekian, terima kasih.


Hamidah Mulok
Pembantu Tadbir (N17) /
Memikul tugas Peg Pembangunan Negeri
(Tinju & Boling Padang)
USPTN WP Labuan






"1 BELIA 1 MALAYSIA"

No comments:

Post a Comment