Thursday 28 July 2011

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SKUASY JULAI 2011

Salam

Tarikh : 27hb Julai 2011
Masa : 8.30 - 10.00pm
Tempat : Kompleks Skuasy Jalan Duta, Kuala Lumpur
Kehadiran Atlet : 7 orang
Kehadiran Jurulatih : 2 orang jurulatih pinjaman dan Setiausaha Kehormat Persatuan Skuasy Kuala Lumpur

LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN

Latihan yang dijalankan berjalan dengan lancar dan tiada masalah berlaku semasa sesi latihan.

1) SDO berbincang bersama Tuan Haji Ampandi (Setiausaha) mengenai program latihan bagi atlet memandangkan ketiadaan jurulatih.

2) Tuan Haji Ampandi memaklumkan bahawa buat masa ini, atlet dilatih oleh jurulatih pinjaman iaitu Kenneth Low dan Lorent. Persatuan mencadangkan untuk melantik Kenneth Low sebagai jurulatih.

3) SDO bersama-sama dengan Tuan Haji Ampandi dan jurulatih pinjaman turut berbincang mengenai persiapan atlet untuk kejohanan-kejohanan yang akan datang.

4) Tiada sebarang masalah sepanjang pemantauan.

Sekian, terima kasih



SHA'IF BIN BAHARUDDIN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SKUASY
012-3242213



No comments:

Post a Comment