Thursday 22 December 2016

WILAYAH PERSEKUTUAN - PEMANTAUAN KEJOHANAN SUKAN ANGKAT BERAT DISEMBER 2016

Tarikh: 18 HINGGA 21.12.2016
Masa: 9.00 AM - 5.00 PM
Tempat: Kompleks Sukan Seksyen 15, Bangi

KEHADIRAN:
1. En. Matin Guntali
2. En. Sukri b Taib
3. Elyone Matin
4. 9 atlet

LATIHAN




UJIAN

PERTANDINGAN
- KEJOHANAN ANGKAT BERAT REMAJA KEBANGSAAN 2016 SIRI 2

KECEDERAAN
- Tiada kecederaan.

ULASAN

1- KONTINJEN USPTWP MENDAPAT 2 EMAS 5 PERAK 2 GANGSA.

2- AHMAD FADHIL YANG BARU BALIK DARI KEM LATIHAN PASUKAN YOG TURUT MENYERTAI KEJOHANAN INI.

3- ATLET YANG MENYERTAI KEJOHANAN INI TURUT MENDAPAT SAINGAN DARIPADA ATLET YOG 2016.   

SHAIFUL NIZAM B AHMAD
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Wilayah Persekutuan
03-88926711

WILAYAH PERSEKUTUAN - PEMANTAUAN KEJOHANAN SUKAN TENPIN BOLING DISEMBER 201

Tarikh: 19 HINGGA 21.12.2016
Masa: 9.00 AM - 5.00 PM
Tempat: Sunway Megalanes,Sunway Pyramid

KEHADIRAN:
1. En. Dzulkarnain

LATIHAN




UJIAN

PERTANDINGAN
- KEJOHANAN SPORT EXCEL-NSC-MTBC-MILO JUNIOR CIRCUIT 2016 SUNWAY PYRAMID 19 HINGGA 21 DISEMBER 2016

KECEDERAAN
- Tiada kecederaan.

ULASAN

- BOY OPEN
  1ST : MOHAMMAD HAFIZ ZAINUDDIN
  2ND : ADAM AZZA
  3RD : MOHAMMAD ARASH B PAKHURAZI

- GIRL OPEN
  6TH : NAJWA NAZIRAH

SHAIFUL NIZAM B AHMAD
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Wilayah Persekutuan
03-88926711

WILAYAH PERSEKUTUAN - PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN ANGKAT BERAT DISEMBER 2016

Tarikh: 16.12.2016 (JUMAAT)
Masa: 3.00 pm - 6.00 pm
Tempat: Kompleks sukan DBKL desa tasik, Sg.Besi

KEHADIRAN:
1. En. Matin Guntali
2. En. Mohd Shukri Taib
3. 12 atlet


LATIHAN
- CLEAN AND JERK WITH BLOCK
- HIGH PULL
- SNATCH

UJIAN


PERTANDINGAN
- KEJOHANAN ANGKAT BERAT REMAJA KEBANGSAAN SIRI 2/2016

KECEDERAAN
- Tiada sebarang kecederaan

ULASAN
1. SERAMAI 9 ATLET UPTWP AKAN MENYERTAI KEJOHANAN ANGKAT BERAT REMAJA KEBANGSAAN SIRI 2 DI KOMPLEKS SUKAN BANGI PADA 18 HINGGA 21 DISEMBER 2016.

2. EN. MATIN GUNTALI AKAN MENGAMBIL CUTI 22 DISEMBER 2016 HINGGA 4 JANUARI 2017 BALIK KE SABAH. LATIHAN AKAN DIJALANKAN OLEH JSM.


SHAIFUL NIZAM B AHMAD
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Wilayah Persekutuan
03-88926711

WILAYAH PERSEKUTUAN - LAPORAN KEM TAHUNAN USPTWP 2016

TARIKH : 19 -21 Disember 2016
TEMPAT : Kem Seri Raudhah Gombak Selangor

KEHADIRAN :

- Staff dan kakitangan USPTWP
- Atlet 50 orang
 
AKTIVITI :

Hari Pertama

- Semua atlet berkumpul di Stadium Badminton Cheras pada jam 10.30 pagi dan bergerak ke kem kecuali atlet Pelayaran yang bergerak dari Majlis Sukan Wilayah Persekutuan. Setibanya di kem, semua atlet diberikan penerangan oleh pihak instruktor kem dan pengagihan penginapan dan kumpulan. Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dijalankan dengan bantuan dari pihak instruktor. Hari pertama sehingga malam dijalankan di dewan sahaja disebabkan hujan yang turun pada waktu petang.

Hari Kedua

- Aktiviti pagi dimulakan dengan trekking merentasi kawasan sungai chincin daerah Gombak. Perjalanan memakan masa hampir sejam ini atlet dibawa menyusuri terowong dan akhirnya ke kawasan air terjun di kawasan tersebut. Perjalanan awal pagi dalam keadaan berjaga-jaga disebabkan hujan yang masih renyai. Kesemua aktiviti ini diiringi oleh pihak fasilitator kem tersebut. Pada sebelah petang dijalankan aktiviti 'Blind Trail' di sekitar kawasan kem dan diakhiri dengan sesi 'Water Confident'. Sesi malam dimulakan dengan Malam Kebudayaan yang melibatkan setiap kumpulan diminta untuk memberikan persembahan masing-masing. Pada lewat malam pula, semua atlet dikehendaki untuk menjalankan aktiviti 'Night Walk' sekitar kawasan kem tersebut sambil diperhatikan oleh pihak fasilitator dan pihak USPTWP.

Hari Ketiga

- Hari terakhir pada sebelah pagi adalah aktiviti 'Management Game' yang melibatkan secara berkumpulan sehingga jam 10.00 pagi. Seterusnya adalah sesi perpisahan dan penutup yang dirasmikan oleh Penolong Pengarah Kanan MSWP Encik Fadzlan Naim Anuar dan Encik Mohd Khairol Kamis. Dalam ucapan beliau menyatakan sokongan dari pihak MSWP terhadap program pembangunan USPTWP akan diteruskan dari semasa ke semasa. Program berakhir jam 12.30 tengahari.

ULASAN

- Pada kem kali ini, melibatkan seramai 50 orang atlet dari beberapa sukan yang dipilih antaranya adalah Memanah, Berbasikal, Menembak, Pelayaran, Sepak Takraw, Taekwondo, Tinju dan Wushu. Atlet dari sukan lain terlibat dengan beberapa kejohanan peringkat remaja dan kebangsaan pada tarikh tersebut dan selebihnya terlibat untuk program latihan di luar kawasan. 

- Kesemua kakitangan USPTWP terlibat pada kem kali ini namun, pihak USPTWP tidak terlibat secara langsung pada kem kali ini. Fasilitator yang dilantik memberikan kerjasama yang baik dan pengurusan kem ini berjalan secara baik dan teratur.

Sekian, terima kasih