Thursday 22 December 2016

WILAYAH PERSEKUTUAN - LAPORAN KEM TAHUNAN USPTWP 2016

TARIKH : 19 -21 Disember 2016
TEMPAT : Kem Seri Raudhah Gombak Selangor

KEHADIRAN :

- Staff dan kakitangan USPTWP
- Atlet 50 orang
 
AKTIVITI :

Hari Pertama

- Semua atlet berkumpul di Stadium Badminton Cheras pada jam 10.30 pagi dan bergerak ke kem kecuali atlet Pelayaran yang bergerak dari Majlis Sukan Wilayah Persekutuan. Setibanya di kem, semua atlet diberikan penerangan oleh pihak instruktor kem dan pengagihan penginapan dan kumpulan. Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dijalankan dengan bantuan dari pihak instruktor. Hari pertama sehingga malam dijalankan di dewan sahaja disebabkan hujan yang turun pada waktu petang.

Hari Kedua

- Aktiviti pagi dimulakan dengan trekking merentasi kawasan sungai chincin daerah Gombak. Perjalanan memakan masa hampir sejam ini atlet dibawa menyusuri terowong dan akhirnya ke kawasan air terjun di kawasan tersebut. Perjalanan awal pagi dalam keadaan berjaga-jaga disebabkan hujan yang masih renyai. Kesemua aktiviti ini diiringi oleh pihak fasilitator kem tersebut. Pada sebelah petang dijalankan aktiviti 'Blind Trail' di sekitar kawasan kem dan diakhiri dengan sesi 'Water Confident'. Sesi malam dimulakan dengan Malam Kebudayaan yang melibatkan setiap kumpulan diminta untuk memberikan persembahan masing-masing. Pada lewat malam pula, semua atlet dikehendaki untuk menjalankan aktiviti 'Night Walk' sekitar kawasan kem tersebut sambil diperhatikan oleh pihak fasilitator dan pihak USPTWP.

Hari Ketiga

- Hari terakhir pada sebelah pagi adalah aktiviti 'Management Game' yang melibatkan secara berkumpulan sehingga jam 10.00 pagi. Seterusnya adalah sesi perpisahan dan penutup yang dirasmikan oleh Penolong Pengarah Kanan MSWP Encik Fadzlan Naim Anuar dan Encik Mohd Khairol Kamis. Dalam ucapan beliau menyatakan sokongan dari pihak MSWP terhadap program pembangunan USPTWP akan diteruskan dari semasa ke semasa. Program berakhir jam 12.30 tengahari.

ULASAN

- Pada kem kali ini, melibatkan seramai 50 orang atlet dari beberapa sukan yang dipilih antaranya adalah Memanah, Berbasikal, Menembak, Pelayaran, Sepak Takraw, Taekwondo, Tinju dan Wushu. Atlet dari sukan lain terlibat dengan beberapa kejohanan peringkat remaja dan kebangsaan pada tarikh tersebut dan selebihnya terlibat untuk program latihan di luar kawasan. 

- Kesemua kakitangan USPTWP terlibat pada kem kali ini namun, pihak USPTWP tidak terlibat secara langsung pada kem kali ini. Fasilitator yang dilantik memberikan kerjasama yang baik dan pengurusan kem ini berjalan secara baik dan teratur.

Sekian, terima kasih


No comments:

Post a Comment