Wednesday 31 July 2013

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SKUASY JULAI 1/2013

LAPORAN PEMANTAUAN
SUKAN: SKUASY

Tarikh: 27 Julai 2013 (Sabtu)
Masa: 12.30 tengahari - 2.30 petang
Tempat: Kompleks Squash Negara, Persiaran Jalan Duta

Kehadiran:
1. Kenneth Low (JPM)
2. 13 orang atlet

LATIHAN
Latihan berjalan lancar tanpa sebarang masalah. 

UJIAN
Tiada ujian dijalankan.

KECEDERAAN
Tiada Sebarang Kecederaan.

PERALATAN
Peralatan sendiri

PROGRAM BINAAN
Tiada Program Binaan

ULASAN
1.Atlet giat menjalani latihan.Latihan di jalankan tanpa sebarang masalah dan berjalan lancar.
2.Perjumpaan bersama jurulatih bagi sesi perkenalan dan mengetahui program latihan dan sebagainya.
3. Jurulatih JSM tidak hadir kerana mengalami masalah kesihatan. Atlet dibawah pengawasan JSM dipantau oleh JPM.
4. Perbincangan mengenai Kejohanan KL Junior Open  pada bulan disember.
5. Jurulatih memaklumkan akan menghantar atlet ke kejohanan di Singapura untuk pendedahan kepada atlet.

Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh:
Roshidayu Arifin
PPN Wilayah Persekutuan

Friday 26 July 2013

Fwd: PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN BADMINTON JULAI 2013











Tempat : Stadium Badminton Cheras
Masa   : 3.00-5.00 pm
Tarikh. : 25 Julai 2013

Kehadiran:  Penyelaras Negeri.
                  3 Jurulatih Persatuan & 21       
                   orang atlet

Pusat latihan:
  Tiada masalah berkenaan pusat  latihan buat masa seperti yang dilaporkan oleh pihak persatuan.

Kejohanan: 
Pasukan Kuala Lumpur akan menyertai Kejohanan Badminton Remaja Berpasukan Kebangsaan  yang  akan diadakan di Kuala Terengganu pada 21 hingga 24 Ogos 2013

Kecederaan  :
Tiada kecederaan dilaporkan.

Ulasan :

1. Kehadiran atlet amat memuaskan pada sebelah petang  dan selebihnya pada sebelah pagi kerana waktu persekolahan. Atlet-atlet menunjukan kesungguhan sewaktu latihan walaupun ada diantaranya yang berpuasa.

2. Jurulatih banyak membincangkan mengenai persiapan pasukan Kuala Lumpur ke kejohanan yang akan datang dan memuji sikap pemain yang menunjukkan disiplin yang tinggi semasa latihan.

3. Jurulatih juga memaklumkan yang Kuala Lumpur telah terpilih untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan yang akan diadakan di Tokyo Jepun pada bulan Ogos nanti. Seramai 10 atlet dan 4 orang pegawai yang akan terlibat dalam kejohanan yang melibatkan 17 buah negara Asia.

Sekian
Laporan disediakan oleh 

Mohd Dinie Suhami
PPN USPTWP


Thursday 25 July 2013

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN MENEMBAK JULAI 1/2013

Tarikh: 23.07.2013
Masa: 9.00pagi - 12.00tengahari
Tempat: Lapangsasar PULAPOL, Kuala Lumpur

Kehadiran:
1. Lanahon Ambok Selepa - JPM
2. 6 orang atlet

LATIHAN
Pada hari tersebut atlet-atlet telah menjalani latihan menembak 10m Rifle dan 10m Pistol. Latihan ini dipantau oleh En Lana Hon Ambok Selepa.

UJIAN
Tiada Ujian Yang Dijalankan

PERTANDINGAN
Atlet-atlet telah menyertai Kejohanan Menembak Sirkit Remaja Kebangsaan 4/2013 pada 4hb hingga 7hb Julai 2013. Seramai 11 atlet telah menyertai kejohanan tersebut.

KECEDERAAN
Tiada Sebarang Kecederaan

PERALATAN
Peralatan masih lagi tidak mencukupi. Walaubagaimanapun pihak PDRM telah memberi kebenaran untuk meminjam Senjata Api.

PROGRAM BINAAN
Tiada Program Binaan

ULASAN
1. Pada bulan ramadhan latihan dijalankan setiap hari selasa,rabu dan khamis. 
2. Latihan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.


Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh:

Zurina Bt Khalit
SDO Menembak Wilayah Persekutuan

Tuesday 23 July 2013

Mesyuarat JKK Berbasikal Bil 2 2013 dan Mesyuarat JKK Menembak Bil 1 2013

Salam

Pada 22.7.2013 telah diadakan 2 mesyuarat JKK bagi sukan berbasikal dan menmbak. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah MSWP, En Jambak b. Jamal dan dihadiri oleh para jurulatih, persatuan sukan dan pegawai dari MSWP

Sukan menembak membincangkan berkenaan program pelapis negeri pada tahun manakala sukan berbasikal membincangkan berkenaan perkembangan atlet dan program latihan pada setengah tahun pertama dan perancangan baki pada 6 bulan terakhir tahun ini

Sekian
Laporan disediakan oleh
Zahin Zain

Monday 1 July 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN TENPIN BOLING

Tarikh : 30 Jun 2013 (Ahad)
Masa : 6.00 petang - 8.00 malam
Tempat : Megalanes Endah Parade, Kuala Lumpur

Kehadiran
1. 30 orang atlet.
2. JPM - En. Dzulkarnain Bin Sapian
3. JSM - En. Choo Yew Kuan

Ulasan
1. Latihan dijalankan seperti biasa.
2. SDO berbincang dengan Jurulatih mengenai perancangan kejohanan yang akan disertai di Melaka pada 5 - 7 Julai 2013.
3. Prestasi atlet amat memuaskan dan baik.

Kecederaan
1. Tiada sebarang kecederaan, atlet berada pada tahap kecergasan yang baik.

Sekian, terima kasih.

MOHD MUZHAFAR BIN HAMDAN
PPN USPTWP