Sunday 31 March 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SKUASY USPTWP MAC 2013

Tempat: Pusat Skuasy Jalan Duta
Tarikh: 31 Mac 2013
Masa: 11.30 pagi - 12.30 tengahari

1. Atlet menjalani latihan seperti biasa dibawah kendalian JPM dan JSM.

2. Atlet giat menjalani latihan bagi menghadapi kejohanan CIMB National Junior Circuit 2nd Leg di Pulau Pinang pada 18 hingga 21 April nanti.

3. Tiada kecederaan dilaporkan dan pemantauan berjalan tanpa ada sebarang masalah.

LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN MEMANAH USPTWP MAC 2013

Tempat: Kompleks Sukan MSN Keramat, Kuala Lumpur
Tarikh: 31 Mac 2013
Masa: 9.30 pagi - 11.00 pagi

1. Latihan berjalan seperti biasa di bawah seliaan JSM dan dibantu oleh jurulatih dari pihak persatuan.

2. SDO turut memaklumkan bahawa pihak Cawangan Pelapis akan memberikan "target-butt" kepada PLN.

3. Beberapa orang atlet akan menyertai kejohanan UUM Open 2013 yang akan berlangsung pada awal Mei kelak.

4. Tiada sebarang masalah sepanjang pemantauan dilakukan.

Thursday 28 March 2013

Pemantauan Pusat Latihan Renang Mac 2013

Salam
Tarikh : 27 mac 2013
Masa : 8.00 - 9.00pm
Kehadiran : JSM dan 15 atlet
Mod Latihan : 4000m
Ulasan:
1. Latihan hanya dijalani oleh atlet yang tidak menyertai kej. MSSM Akuatik 2013 di Shah Alam.
2. Lane bagi atlet menjalani latihan ditambah 1 menjadi 4 lane kerana penambhan atlet renang bagi tahun 2013.
3. JSM menjangkakan ramai perenang akan terlibat dalam kej. NAG di paroi april depan berdasarkan masa kelayakan yang ditetapkan PRAKL adalah 10 terbaik bagi setiap acara. Kebanyakan atlet melepasi had kelayakan.
Sekian.

Monday 25 March 2013

Mesyuarat JKK Tenpin Bowling Bil 1 2013

Salam
Mesyuarat JKK Tenpin Bowling bil 1 2013 diadakan bagi membincangkan program pelapis negeri bagi sukan Tenpin Bowling. Mesyuarat dihadiri oleh jurulatih dan persatuan tenpin bowling Kuala Lumpur. Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah MSWP.
Sekian.

Tuesday 19 March 2013

Mesyuarat JKK Skuasy Bil 1 2013

Salam
Mesyuarat JKK bagi sukan skuasy telah di adakan bagi membincangkan berkenaan program pelapis negeri dan persedian pasukan skuasy SUKMA bagi tahun 2014.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah, En Jambak Jamal dan dihadiri olen jurulatih, pegawai MSWP dan USPTNWP
Sekian

Monday 18 March 2013

Mesyuarat JKK Memanah Bil1 2013

Salam
Mesyuarat JKK sukan memanah Bil 1 2013 diadakan bagi membincangkan berkenaan program pelapis negeri WP dan SUKMA  2014. Mesyuarat di pengerusikan oleh Tim. Pengarah MSWP, En Jambak Jamal.
Antara ahli mesyuarat yang hadir adalah Jurulatih, Ahli Persatuan Memanah WP
dan pegawai dari MSWP.
Sekian.

Sunday 17 March 2013

Pemantauan Pusat Latihan Berbasikal Mac 2013

Salam
Tempat: Velodrom Cheras
Masa : 5.30 - 6.30
Kehadiran : 17 atlet
                    2 Jurulatih
                    3 Pegawai
Ulasan:
1. Latihan petang di trek, 3 set x 30 laps. Latihan pada pagi sejauh 160km ke Kuala Kelawang.
2. Atlet menjalani latihan bagi menghadapi kejohanan GP Kebangsaan di Johor pada 22 - 24 Mac 2013.
3. Pegawai dari MSWP juga hadir memantau latihan dan stor peralatan berbasikal
4. Latihan ditangguhkan pada pukul 6.30pm kerana hujan lebat.
Sekian
Laporan disediakan oleh
Ahmad norzahin Mohamed Zain

Saturday 16 March 2013

Pemantauan Pusat Latihan Terjun Mac 2013

Salam

Tempat: Kompleks Renang Cheras
Atlet: 9 orang
Masa : 4.30 - 5.00 ptg
Mod latihan: Dry gim

1. Atlet menjalani latihan seperti biasa. Pada 17 - 23 Mac 2012, 2 orang penerjun dari Pelapis Wp akan ke program attachment Pelapis Kebangsaan di Bukit Jalil

2. Seramai 6 orang penerjun pelapis akan terlibat ke kem bakat sukan terjun yg akan diadakan pada 1 - 6 april 2013 di Paroi, Negeri Sembilan

3. Pada 24 - 28 mac ini, 2orang penerjun iaitu Nazirul dan Megan Elizabeth Teoh akan bertanding di MSSM di Shah Alam.

Laporan oleh

Ahmad Norzahin bin Mohamed Zain

Tuesday 12 March 2013

Pemantauan Sukan Gimrama Mac 2013

Tempat: Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara
Tarikh: 8 Mac 2013
Kehadiran: 10 atlet dan seorang jurulatih
Ulasan:
1. Latihan berjalan seperti biasa di bawah kendalian Jurulatih Sepenuh Masa (JPM), Puan Rosniza Abu Bakar dan juga Jurulatih Luar Negara (JLN), Cik Eriko Akebayashi.
2. SDO telah dimaklumkan bahawa JPM, Puan Rosniza telah kembali bertugas selepas cuti bersalin.
3. Para atlet kini giat menjalani latihan intensif bagi menghadapi kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) yang akan diadakan pada penghujung bulan Mac ini.
4. Tiada kecederaan dilaporkan.
Sekian, terima kasih.
SHA'IF BIN BAHARUDDIN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
MEMANAH, SKUASY & TAEKWONDO
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI WILAYAH PERSEKUTUAN

PEMANTAUAN SUKAN TENPIN BOLING WILAYAH PERSEKUTUAN MAC 2013

> LAPORAN PEMANTAUAN
> SUKAN: TENPIN BOLING
>
> Tarikh: 7 Mac 2013 (Khamis)
> Masa: 8.00mlm - 10.00mlm
> Tempat: Megalanes Endah Parade, Kuala Lumpur
>
> Kehadiran:
> 1. Dzulkarnain Sapian - JPM
> 2. Choo Yew Kuan - JSM
> 4. 27 orang atlet
>
> LATIHAN
> Jurulatih membuat penilaian semula bagi menentukan kumpulan bagi sesi
> latihan akan datang untuk memudahkan latihan dijalankan.
>
> UJIAN
> Tiada ujian dijalankan.
>
> PERTANDINGAN
> 1. Seramai 23 orang atlet telah pun menyertai Kejohanan Sportexcel
> Junior Circuit Pahang Leg 2013 yang diadakan pada 7-10 Mac 2013 di
> Megamall Kuantan, Pahang.
> 2. Kejohanan yang akan datang ialah Sportexcel Junior Circuit Kuala
> Lumpur Leg 2013 di Megalanes Endah Parade, Kuala Lumpur pada 26-28
> April 2013.
>
> KECEDERAAN
> Tiada Sebarang Kecederaan.
>
> PERALATAN
> Peralatan sendiri
>
> PROGRAM BINAAN
> Tiada Program Binaan
>
> ULASAN
> 1.Latihan yang pertama pada tahun 2013.
> 2.Kebanyakan Atlet tidak dapat hadir ke sesi latihan kerana menyertai
> Kejohanan Sportexcel Junior Circuit Pahang Leg 2013 di Kuantan Pahang.
> 3.Latihan di jalankan tanpa sebarang masalah dan berjalan lancar.
>
> Sekian terima kasih
>
> Laporan di sediakan oleh:
> Zurina Bt Khalit
> SDO Tenpin Boling Wilayah Persekutuan
> Tarikh:11.03.2013

Monday 11 March 2013

PEMANTAUAN SUKAN TENPIN BOLING WILAYAH PERSEKUTUAN

LAPORAN PEMANTAUAN
SUKAN: TENPIN BOLING


Tarikh: 7 Mac 2013 (Khamis)
Masa: 8.00mlm - 10.00mlm
Tempat: Megalanes Endah Parade, Kuala Lumpur

Kehadiran:
1. Dzulkarnain Sapian - JPM
2. Choo Yew Kuan - JSM
4. 27 orang atlet

LATIHAN
Jurulatih membuat penilaian semula bagi menentukan kumpulan sesi latihan yang akan datang untuk memudahkan latihan dijalankan.

UJIAN
Tiada ujian dijalankan.

PERTANDINGAN
1. Seramai 23 orang atlet telah pun menyertai Kejohanan Sportexcel Junior Circuit Pahang Leg 2013 yang diadakan pada 7-10 Mac 2013 di Megamall Kuantan, Pahang.
2. Kejohanan yang akan datang ialah Sportexcel Junior Circuit Kuala Lumpur Leg 2013 di Megalanes Endah Parade, Kuala Lumpur pada 26-28 April 2013.

KECEDERAAN
Tiada Sebarang Kecederaan.

PERALATAN
Peralatan sendiri

PROGRAM BINAAN
Tiada Program Binaan

ULASAN
1.Latihan yang pertama pada tahun 2013.
2.Kebanyakan Atlet tidak dapat hadir ke sesi latihan kerana menyertai Kejohanan Sportexcel Junior Circuit Pahang Leg 2013 di Kuantan Pahang.
3.Latihan di jalankan tanpa sebarang masalah dan berjalan lancar.

Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh:
Zurina Bt Khalit
SDO Tenpin Boling Wilayah Persekutuan

Sunday 10 March 2013

Pemantauan Sukan Gimrama Mac 2013


Tempat: Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara
Masa: 10.00 pagi
Tarikh: 8 Mac 2013
Kehadiran: 10 atlet dan seorang jurulatih


Ulasan:

1. Latihan berjalan seperti biasa di bawah kendalian Jurulatih Sepenuh Masa (JPM), Puan Rosniza Abu Bakar dan juga Jurulatih Luar Negara (JLN), Cik Eriko Akebayashi.

2. SDO telah dimaklumkan bahawa JPM, Puan Rosniza telah kembali bertugas selepas cuti bersalin.

3. Para atlet kini giat menjalani latihan intensif bagi menghadapi kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) yang akan diadakan pada penghujung bulan Mac ini.

4. Tiada kecederaan dilaporkan.

Sekian, terima kasih.

SHA'IF BIN BAHARUDDIN
Pegawai Pembangunan Negeri
Skuasy, Memanah & Taekwondo
Unit Sukan Prestasi Tinggi Wilayah Persekutuan

Saturday 9 March 2013

Laporan Pemantauan Sukan Badminton

Tempat: Stadium Badminton Cheras
Masa : 9.00-10.00 am
Tarikh. : 7 Mac 2013

Kehadiran: Jurulatih Persatuan & 15 orang atlet

Pusat Latihan:
Beberapa kerosakan berlaku pada bumbung tempat latihan dan beberapa gelanggang tidak dapat digunakan jika hari hujan. SDO akan memaklumkan perkara ini kepada pihak DBKL agar masalah ini dapat diselesaikan.

Kejohanan:
Kejohanan Badminton Sirkit 2 akan berlangsung di Negeri Sembilan pada bulan April 2013.

Kecederaan :
Tiada kecederaan dilaporkan oleh jurulatih.

Ulasan :

1. Latihan berjalan seperti biasa walaupun gelanggang tidak dapat digunakan dengan sempurna kerana penyediaan gelanggang bagi kejohanan bola jaring. Walaubagaimanapun jurulatih lebih menumpukan kepada latihan kecergasan agar atlet lebih bersedia dari segi fizikal untuk kejohanan yang akan datang.

2. Kebanyakkan ibu bapa amat berpuas hati dengan program latihan yang diberikan dan pengurusan yang baik oleh pihak pihak persatuan dalam menjaga kebajikan anak mereka.

3. Persatuan Badminton Kuala Lumpur yang kini mempunyai seorang jurulatih sepenuh masa dan jurulatih separuh masa sedang menimbangkan untuk melantik tambahan 2 jurulatih agar latihan berjalan dengan lebih berkesan.

Laporan disediakan oleh

Mohd Dinie Suhami
PPN USPTWP

Tuesday 5 March 2013

Pemantauan Sukan Angkat Berat Mac 2013


Masa: 3.00-5.00 petang
Tempat: Kompleks Sukan Desa Tasik
Tarikh: 4 Mac 2013

Kehadiran: 
JSM
7 atlet

Pertandingan: 24-27 Mac 
Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan SIRKIT 1/2013

1. Latihan berjalan seperti biasa dan atlet bersemangat untuk menghadapi kejohanan-kejohanan yang akan datang.

2. Tiada kecederaan yang serius dilaporkan oleh jurulatih. Peralatan di tempat latihan masih lagi tidak mencukupi seperti tali pinggang dan kasut dan ini sedikit sebanyak menganggu kelancaran program latihan.

3. Seramai 3 orang atlet terpilih mengikuti kem angkat berat yang diadakan di Alor Star, Kedah pada 16 hingga 22 Mac ini.

Laporan ini disediakan oleh:

Mohd Dinie Suhami
USPTNWP