Monday 4 March 2013

Kejohanan Badminton Sirkit 1/2013 Zon A


Subject: Kejohanan Badminton Sirkit 1/2013 Zon A

1. Kejohanan Badminton Sirkit 1/2013 ini telah berlangsung di Dewan Badminton Tengkera,Melaka pada 27 Februari hingga 3 Mac 2013 yang lepas. Pasukan Kuala Lumpur telah menghantar 49 orang atlet dan 2 orang jurulatih.

2. Sebanyak 16 kategori telah dipertandingkan bermula dari bawah 12 tahun hingga bawah 18 tahun dan 6 negeri iaitu Terengganu, N. Sembilan, Melaka, Johor, Putrajaya dan Kuala Lumpur telah menyertai kejohanan yang berlangsung selama 5 hari ini.           

3. Pasukan Kuala Lumpur telah berjaya menjuarai 4 kategori dan ini merupakan  kejayaan yang membanggakan pada permulaan tahun ini dan diharapkan kejayaan yang lebih besar dapat diteruskan untuk kejohanan yang akan datang.

Sekian, terima kasih

Mohd Dinie Suhami
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTWP



No comments:

Post a Comment