Sunday 10 March 2013

Pemantauan Sukan Gimrama Mac 2013


Tempat: Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara
Masa: 10.00 pagi
Tarikh: 8 Mac 2013
Kehadiran: 10 atlet dan seorang jurulatih


Ulasan:

1. Latihan berjalan seperti biasa di bawah kendalian Jurulatih Sepenuh Masa (JPM), Puan Rosniza Abu Bakar dan juga Jurulatih Luar Negara (JLN), Cik Eriko Akebayashi.

2. SDO telah dimaklumkan bahawa JPM, Puan Rosniza telah kembali bertugas selepas cuti bersalin.

3. Para atlet kini giat menjalani latihan intensif bagi menghadapi kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) yang akan diadakan pada penghujung bulan Mac ini.

4. Tiada kecederaan dilaporkan.

Sekian, terima kasih.

SHA'IF BIN BAHARUDDIN
Pegawai Pembangunan Negeri
Skuasy, Memanah & Taekwondo
Unit Sukan Prestasi Tinggi Wilayah Persekutuan

No comments:

Post a Comment