Monday 11 November 2013

Fwd: LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN SIPUT CUP PUTRAJAYA 2013

Tarikh : 9-10 November 2013
Masa : 8.00pg - 6.00ptg
Tempat : Pusat Maritim, Putrajaya

Ulasan

1. Kejohanan disertai seramai 21 orang atlet Wilayah Persekutuan.
2. Wilayah Persekutuan berjaya meraih 1 pingat Emas dan 1 pingat Gangsa menerusi kategori Int 420.
3.Kejohanan ini merupakan kejohanan persahabatan antara Wilayah Persekutuan dan Selangor.
4. Objektif kejohanan adalah untuk memberi pendedahan kepada atlet-atlet baru dalam sukan pelayaran.
5.Kejohanan ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Sekian, terima kasih.

Zurina Bt Khalit
PPN Pelayaran dan Menembak

LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN MEMANAH

Tarikh : 9.11.2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : Kompleks Sukan MSN Keramat, AU2 Keramat.

Kehadiran:
1. En. Hamidi bin Abu Bakar (Pengarah MSWP)
2. En. Tan Peng Loon
3. 15 orang atlet

LATIHAN
- Atlet menjalani latihan memanah jarak 70m dan 50m.
- Atlet juga membuat latihan Free Shooting dan Bow Exercise.
- Latihan persediaan untuk ke Kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan Sirkit 2/2013 pada 20 - 24 November 2013 di Kompleks Sukan MSN Keramat, AU2 Keramat.

UJIAN
Tiada Ujian Yang Dijalankan.

PERTANDINGAN
- Kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan Sirkit 2/2013.
- Kejohanan Memanah Zon Tengah Sirkit 2/2013.

KECEDERAAN
Tiada Sebarang Kecederaan.

ULASAN
1. Latihan berjalan lancar seperti biasa.
2. Pengarah MSWP juga tidak ketinggalan untuk memantau persiapan atlet Memanah SUKMA 2014.
3. MSWP tidak mempunyai jurulatih recurve menyebabkan sebahagian atlet berlatih sendiri.
4. 2 orang atlet Wilayah Persekutuan terpilih untuk menyertai Kem Bakat Sukan Memanah  2/2013.
5. Prestasi atlet dalam keadaan baik dan memuaskan.

Sekian, terima kasih.

MOHD MUZHAFAR BIN HAMDAN
PPN USPTWP