Saturday 9 March 2013

Laporan Pemantauan Sukan Badminton

Tempat: Stadium Badminton Cheras
Masa : 9.00-10.00 am
Tarikh. : 7 Mac 2013

Kehadiran: Jurulatih Persatuan & 15 orang atlet

Pusat Latihan:
Beberapa kerosakan berlaku pada bumbung tempat latihan dan beberapa gelanggang tidak dapat digunakan jika hari hujan. SDO akan memaklumkan perkara ini kepada pihak DBKL agar masalah ini dapat diselesaikan.

Kejohanan:
Kejohanan Badminton Sirkit 2 akan berlangsung di Negeri Sembilan pada bulan April 2013.

Kecederaan :
Tiada kecederaan dilaporkan oleh jurulatih.

Ulasan :

1. Latihan berjalan seperti biasa walaupun gelanggang tidak dapat digunakan dengan sempurna kerana penyediaan gelanggang bagi kejohanan bola jaring. Walaubagaimanapun jurulatih lebih menumpukan kepada latihan kecergasan agar atlet lebih bersedia dari segi fizikal untuk kejohanan yang akan datang.

2. Kebanyakkan ibu bapa amat berpuas hati dengan program latihan yang diberikan dan pengurusan yang baik oleh pihak pihak persatuan dalam menjaga kebajikan anak mereka.

3. Persatuan Badminton Kuala Lumpur yang kini mempunyai seorang jurulatih sepenuh masa dan jurulatih separuh masa sedang menimbangkan untuk melantik tambahan 2 jurulatih agar latihan berjalan dengan lebih berkesan.

Laporan disediakan oleh

Mohd Dinie Suhami
PPN USPTWP

No comments:

Post a Comment