Friday 24 June 2011

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN BERBASIKAL JUN 2011

Assalamualaikum..


LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN, PERJUMPAAN JURULATIH / ATLET / PERSATUAN


Tarikh : 23hb Jun 2011
Masa : 4.30 - 5.15pm
Tempat : Velodrom Cheras. Kuala Lumpur
Kehadiran Atlet : 11
Kehadiran Jurulatih : 2
Mod Latihan : Light Training

LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN

Pelumba pelumba hanya menjalani latihan ringan iaitu di Gim Velodrom yang terdapat beberapa peralatan seperti mesin sit up
dan dumb bell sebagai persediaan mereka pada kejohanan GP Kebangsaan Sirkit 4 di Pahang pada minggu ini. SDO sedia maklum dan akan menyertai pasukan WP ke Pahang.

Perbincangan telah dilakukan dengan beberapa pihak seperti : -

1) Perjumpaan bersama jurulatih : JPM memaklumkan tentang pergerakan pelumba pelumba ke Pahang yang akan mengayuh basikal dari Velodrom sehingga ke Pahang pada pukul 7pagi. JPM juga memaklumkan pusat latihan iaitu Velodrom telah dilengkapi dgn bilik penginapan untuk pelumba pelumba berehat dan tidur di Velodrom sekaligus memberi kemudahan kepada jurulatih dan atlet untuk menjalani latihan pada pagi dan petang.

2) Perjumpaan bersama atlet : Pelumba memaklumkan tentang kemudahan penginapan yang disediakan yang selesa dan memberi kemudahan kepada mereka untuk menjalani latihan pada setiap hari. Tiada masalah dihadapi tentang sesi persekolahan mereka kerana pelumba terdiri dari pelajar sekolah di sekitar Cheras dan Bandar Tun Razak.

Sekian, terima kasih







AHMAD NORZAHIN BIN MOHAMED ZAIN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
BERBASIKAL
USPTWP
0193680824

No comments:

Post a Comment