Tuesday 4 October 2011

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN USPTN LABUAN BERSAMA PENGURUS PELAPIS NEGERI

Assalamualaikum w.b.t

LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN USPTN LABUAN BERSAMA PEGAWAI MSN


Tarikh : 3 - 4 Oktober 2011
Masa : 2 hari
Tempat : PLN Memanah Labuan, Lawn Bowl Labuan, Martial Art Association (Tinju), Kompleks JBS Labuan (Angkat Berat)
Kehadiran Atlet : 10 (Memanah), 6 ( Angkat Berat ), 10 (Lawn Bowl), 6 (Tinju)
Kehadiran Jurulatih : 5

LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN

SDO USPTN WP, En. Zahin dan En. Shaif bersama sama SDO USPTN Labuan, Cik Salmah menyertai
pegawai dari Cawangan Pelapis, En Adam memantau pusat pusat latihan bagi sukan dibawah Unit sukan Prestasi Tinggi Negeri WP Labuan selama 2 hari.


Sukan yang tebabit adalah Memanah, Angkat Berat, Lawn Bowls dan Tinju

Beberapa perkara telah dibincangkan antaranya:-

1) Pusat Latihan
- Semua Pusat latihan negeri sukan sukan dibawah USPTN Labuan berada dalam keadaan baik.
- Lanjutan dari pemantauan pada Ogos lalu, sukan Angkat Berat telah berpindah ke pusat latihan yang
baru milik Jabatan Belia dan Sukan Labuan dimana keadaan yang selesa dan teratur.


2) Peralatan
- Kekurangan peralatan merupakan masalah utama bagi semua sukan dibawah USPTN Labuan. Ia sedikit
merencatkan program latihan yang dirancang oleh jurulatih selama 1 tahun kerana faktor kekurangan dan
kerosakan pada peralatan untuk sukan sukan tersebut.

3) Program latihan
- Latihan berjalan lancar tanpa sebarang masalah kerana tiada perkongsian fasiliti dengan orang awam,
dan jadual yang fleksibel untuk pelajar menjalani latihan

Sekian, terima kasih








AHMAD NORZAHIN BIN MOHAMED ZAIN
SHAIF BIN BAHARUDIN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
USPTN WP

No comments:

Post a Comment