Friday 14 October 2011

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN TERJUN OKTOBER 2011

Assalamualaikum w.b.t

LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN, PERJUMPAAN JURULATIH / ATLET / PERSATUAN


Tarikh : 13hb Oktober 2011
Masa : 3.30 - 5.00pm
Tempat : Dry Gym, Kompleks Renang Cheras.
Kehadiran Atlet : 8
Kehadiran Jurulatih : 1

LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN

Pada 13hb Oktober, SDO bersama wakil persatuan telah menerima kedatangan Pegawai dari Cawangan Kejurulatihan MSN,
Miss Jeslina memantau pusat latihan, jurulatih dan atlet

Perbincangan telah dilakukan dengan beberapa pihak seperti : -

1) Wakil persatuan , Cik Jesie telah bertindak sebagai translater kepada jurulatih dan pegawai MSN.

2) Perjumpaan bersama jurulatih : Jurulatih memaklumkan tentang keadaan pusat latihan yang agak panas dan tidak dilengkapi
dengan kipas. Selain itu, terdapat beberapa ABM (alat bantu mengajar) seperti matress dan kotak telah lama dan mengalami kerosakan. SDO memaklumkan kepada Cik Jessie untuk mengemukakan permohonan bantuan peralatan kepada MSWP.

3) Perjumpaan bersama atlet : Atlet, Nudhabitah Sabri mengalami sedikit kecederaan lutut semasa latihan lalu dan baru menjalani latihan selepas berehat selama seminggu.

4) Cik Jeslina memaklumkan tentang plan periodisasi kepada jurulatih. Jurulatih mempunyai program latihan tahunan tetapi tidak
mengikut format seperti plan yang betul.


Latihan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.


Sekian, terima kasih









AHMAD NORZAHIN BIN MOHAMED ZAIN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
AKUATIK (TERJUN)
USPTWP
0193680824

No comments:

Post a Comment