Sunday 9 October 2011

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN MENEMBAK OKTOBER 2011

LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN MENEMBAK WILAYAH PERSEKUTUAN BERSAMA PEGAWAI MSN(KEJURULATIHAN)-CIK JEZ

Tarikh : 3 Oktober 2011
Masa : 9.00 Pagi hingga 4.30 Petang
Tempat : Lapangsasar PULAPOL Kuala Lumpur
Kehadiran Atlet : 13 Orang
Kehadiran Jurulatih : 2

LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN

SDO bersama sama Pegawai MSN bahagian Kejurulatihan telah memantau pusat latihan Menembak Wilayah Persekutuan.

Beberapa perkara telah dibincangkan antaranya:-
1) Pusat Latihan
- Pusat Latihan Menembak dalam berkeadaan kurang memuaskan kerana terdapat sedikit kerosakan walaubagaimana pun latihan tetap dijalankan dan masih boleh digunakan.

2) Peralatan
- Kekurangan peralatan merupakan masalah utama bagi Sukan Menembak Wilayah Persekutuan.Atlet terpaksa berkongsi 1 senjata untuk 6 atau 7 orang.

3)Program Latihan
- Latihan yang dijalan berjalan lancar mengikut program yang ditetapkan tanpa sebarang masalah. Selain itu,hasil pemantauan yang dijalankan kedatangan atlet tidak memuaskan kerana kebanyakkan atlet sedang menghadapi peperiksaan PMR dan Akhir Tahun.

Tiada sebarang masalah sepanjang pemantauan


SEKIAN, TERIMA KASIH


ZURINA KHALIT
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
USPT WILAYAH PERSEKUTUAN



No comments:

Post a Comment