Thursday 6 June 2013

Fwd: Pemantauan Pusat Latihan Badminton W.Persekutuan Kuala Lumpur







Tempat: Stadium Badminton Cheras
Masa   : 9.30-11.00 am
Tarikh. : 5 Jun 2013

Kehadiran:  
Penyelaras Negeri.
                  2 Jurulatih Persatuan & 29          
                  orang atlet


Pusat Latihan: 
Kebocoron bumbung pusat latihan masih lagi tidak dapat diselesaikan dan ia sedikit sebanyak menganggu latihan yang dijalankan sekiranya hari hujan.

Kejohanan: 
Pasukan Kuala Lumpur akan menyertai Kejohanan Badminton GP Akhir yang  akan diadakan di Kuantan Pahang pada 12 hingga 16 Jun 2013

Kecederaan  :
Tiada kecederaan dilaporkan.

Ulasan :

1. Kehadiran atlet amat memuaskan pada sebelah pagi kerana cuti bersekolah dan ini merupakan satu peluang untuk mereka berlatih dengan lebih giat lagi.

2. Jurulatih banyak membincangkan mengenai persiapan pasukan Kuala Lumpur ke kejohanan yang akan datang dan memuji sikap pemain yang menunjukkan disiplin yang tinggi semasa latihan.

3. Persatuan Badminton Kuala Lumpur yang kini mempunyai seorang jurulatih sepenuh masa dan jurulatih separuh masa telah menunjukkan komitmen yang amat baik dari segi program latihan dan berjaya mengawal atlet yang ramai dgn begitu baik.

Sekian
Laporan disediakan oleh 

Mohd Dinie Suhami
PPN USPTWP

No comments:

Post a Comment