Sunday, 31 March 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SKUASY USPTWP MAC 2013

Tempat: Pusat Skuasy Jalan Duta
Tarikh: 31 Mac 2013
Masa: 11.30 pagi - 12.30 tengahari

1. Atlet menjalani latihan seperti biasa dibawah kendalian JPM dan JSM.

2. Atlet giat menjalani latihan bagi menghadapi kejohanan CIMB National Junior Circuit 2nd Leg di Pulau Pinang pada 18 hingga 21 April nanti.

3. Tiada kecederaan dilaporkan dan pemantauan berjalan tanpa ada sebarang masalah.

LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN MEMANAH USPTWP MAC 2013

Tempat: Kompleks Sukan MSN Keramat, Kuala Lumpur
Tarikh: 31 Mac 2013
Masa: 9.30 pagi - 11.00 pagi

1. Latihan berjalan seperti biasa di bawah seliaan JSM dan dibantu oleh jurulatih dari pihak persatuan.

2. SDO turut memaklumkan bahawa pihak Cawangan Pelapis akan memberikan "target-butt" kepada PLN.

3. Beberapa orang atlet akan menyertai kejohanan UUM Open 2013 yang akan berlangsung pada awal Mei kelak.

4. Tiada sebarang masalah sepanjang pemantauan dilakukan.

Thursday, 28 March 2013

Pemantauan Pusat Latihan Renang Mac 2013

Salam
Tarikh : 27 mac 2013
Masa : 8.00 - 9.00pm
Kehadiran : JSM dan 15 atlet
Mod Latihan : 4000m
Ulasan:
1. Latihan hanya dijalani oleh atlet yang tidak menyertai kej. MSSM Akuatik 2013 di Shah Alam.
2. Lane bagi atlet menjalani latihan ditambah 1 menjadi 4 lane kerana penambhan atlet renang bagi tahun 2013.
3. JSM menjangkakan ramai perenang akan terlibat dalam kej. NAG di paroi april depan berdasarkan masa kelayakan yang ditetapkan PRAKL adalah 10 terbaik bagi setiap acara. Kebanyakan atlet melepasi had kelayakan.
Sekian.

Monday, 25 March 2013

Mesyuarat JKK Tenpin Bowling Bil 1 2013

Salam
Mesyuarat JKK Tenpin Bowling bil 1 2013 diadakan bagi membincangkan program pelapis negeri bagi sukan Tenpin Bowling. Mesyuarat dihadiri oleh jurulatih dan persatuan tenpin bowling Kuala Lumpur. Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah MSWP.
Sekian.

Tuesday, 19 March 2013

Mesyuarat JKK Skuasy Bil 1 2013

Salam
Mesyuarat JKK bagi sukan skuasy telah di adakan bagi membincangkan berkenaan program pelapis negeri dan persedian pasukan skuasy SUKMA bagi tahun 2014.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah, En Jambak Jamal dan dihadiri olen jurulatih, pegawai MSWP dan USPTNWP
Sekian

Monday, 18 March 2013

Mesyuarat JKK Memanah Bil1 2013

Salam
Mesyuarat JKK sukan memanah Bil 1 2013 diadakan bagi membincangkan berkenaan program pelapis negeri WP dan SUKMA  2014. Mesyuarat di pengerusikan oleh Tim. Pengarah MSWP, En Jambak Jamal.
Antara ahli mesyuarat yang hadir adalah Jurulatih, Ahli Persatuan Memanah WP
dan pegawai dari MSWP.
Sekian.

Sunday, 17 March 2013

Pemantauan Pusat Latihan Berbasikal Mac 2013

Salam
Tempat: Velodrom Cheras
Masa : 5.30 - 6.30
Kehadiran : 17 atlet
                    2 Jurulatih
                    3 Pegawai
Ulasan:
1. Latihan petang di trek, 3 set x 30 laps. Latihan pada pagi sejauh 160km ke Kuala Kelawang.
2. Atlet menjalani latihan bagi menghadapi kejohanan GP Kebangsaan di Johor pada 22 - 24 Mac 2013.
3. Pegawai dari MSWP juga hadir memantau latihan dan stor peralatan berbasikal
4. Latihan ditangguhkan pada pukul 6.30pm kerana hujan lebat.
Sekian
Laporan disediakan oleh
Ahmad norzahin Mohamed Zain