Tuesday 30 April 2013

Laporan Pemantauan Sukan Badminton






Sent from my iPhone



Tempat: Stadium Badminton Cheras
Masa   : 9.30-10.45am
Tarikh. : 30 april 2013

Kehadiran:Tim.Pengarah Majlis Sukan    
                  Wilayah Persekutuan &       
                  Penyeleras Negeri.
                  2 Jurulatih Persatuan & 6             
                  orang atlet


Pusat Latihan: 
Pusat latihan masih dalam keadaan yang baik tapi terdapat beberapa kebocoran di bumbung Stadium Cheras.Tim.Pengarah MSWP En.Jambak Jamal ambil maklum tentang perkara ini dan PPN akan mengambil tindakan susulan.

Kejohanan: 
Pasukan Kuala Lumpur telah berjaya menjadi juara keseluruhan dengan 6 pingat emas di Kejohanan Badminton Sirkit 2 yang berlangsung di Dewan NSCRC N.Sembilan.

Kecederaan  :
Terdapat kecederaan ringan dilaporkan oleh jurulatih semasa kejohanan di SIRKIT 2 berlangsung.

Ulasan :

1. Hanya 6 orang atlet yang berlatih di sebelah pagi kerana sesi persekolahan dan selebihnya pada sebelah petang.

2. Jurulatih dan En Jambak banyak membincangkan tentang program pelapis di peringkat negeri dan berharap dapat membantu Wilayah Persekutuan dalam menghadapi Temasya SUKMA yang akan datang seperti yang dilakukan pada tahun-tahun yang lepas.

3. Persatuan Badminton Kuala Lumpur yang kini mempunyai seorang jurulatih sepenuh masa dan jurulatih separuh masa telah melantik jurulatih tambahan En Raymond bagi memastikan program latihan yang dirancang berjalan dengan baik.

Sekian
Laporan disediakan oleh 

Mohd Dinie Suhami
PPN USPTWP

No comments:

Post a Comment