Friday 21 February 2014

LAPORAN KEJOHANAN ANGKAT BERAT KEBANGSAAN SIRKIT 1/2014

Tarikh : 18/2-20/2/2014 
Masa : 10.30 pagi - 6.30 petang
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Tiang Chandi, Pasir Mas, Kelantan.

Ulasan
1. Kejohanan pada kali ini disertai seramai 6 orang atlet angkat berat Wilayah Persekutuan yang terdiri daripada 4 atlet lelaki dan 2 atlet wanita.
2. Secara keseluruhannya pasukan angkat berat Wilayah Persekutuan menduduki tempat ke 9 daripada 15 pasukan dengan pungutan 3 pingat perak dan 2 pingat gangsa.
3. Mohd Hazirul berjaya meraih pingat gangsa untuk acara Snatch dengan angkatan 95kg dan pingat perak bagi acara Clean & Jerk dengan angkatan 125kg bagi kategori 62kg Lelaki.
4. Nor Atikah berjaya menyumbang pingat gangsa dalam kategori 53kg Wanita menerusi acara Clean & Jerk dengan angkatan 75kg.
5. Jabriella Teo Samuel memenangi 2 pingat perak bagi kategori 75kg Wanita dengan angkatan 77kg bagi acara Snatch dan 95kg bagi acara Clean & Jerk.

Kecederaan
1. Tiada kecederaan yang di laporkan.

Sekian, Terima kasih.


--
MOHD AZRI HEIKAL B ABD LATIF
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN WP
Renang, Terjun, Angkat Berat
019-4308772 / 03-8892 6712
usptnwp.blogspot.com

No comments:

Post a Comment