Monday 12 May 2014

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN MEMANAH MEI 2014

Tarikh: 10.5.2014 (Sabtu)
Masa: 11.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat: Kompleks Sukan MSN Keramat, AU2 Keramat.

KEHADIRAN:
1. En. Wan Syarif Syafiq Aisamuddin Bin Shamsudin - JSM
2. 5 orang atlet

LATIHAN
- Atlet menjalani latihan memanah seperti biasa.
- Latihan shooting by distance.
- Atlet membuat Bow Exercise sebelum memulakan latihan distance.

UJIAN
- Tiada ujian dijalankan.

PERTANDINGAN
- Kejohanan Memanah SUKMA XVII Perlis 2014.

KECEDERAAN
- seorang atlet, Loh Yan mengalami sedikit kecederaan di bahu. Saya telah membuat temujanji bersama fisioterapi dari ISN untuk rawatan lebih lanjut.

ULASAN
1. Latihan yang dilakukan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
2. Hanya atlet yang bertanding di Kejohanan SUKMA sahaja yang hadir berikutan pada hari sabtu merupakan sekolah ganti bagi sekolah di sekitar Kuala Lumpur.
3. Atlet menjalani latihan bagi mempersiapkan diri ke kejohanan SUKMA Perlis.
4. Atlet memanah SUKMA berada dalam prestasi yang terbaik bagi menghadapi kejohanan tersebut pada hujung bulan Mei nanti.

Sekian, terima kasih.

MOHD MUZHAFAR BIN HAMDAN
PPN WP3
USPTWP

No comments:

Post a Comment