Monday 6 February 2017

WILAYAH PERSEKUTUAN - PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN BOLING PADANG FEBUARI 2017



TARIKH : 04 Febuari 2017
TEMPAT : Bayuemas Lawn Bowl Arena Klang
MASA : 10.30 pagi - 12.30 tengahari

KEHADIRAN:
- JSM Hassan Hussin
- JSM Asiah Alias
- Atlet 2 orang

PERTANDINGAN:
- Kej. Champion of Champion 2017 dari 04 - 07 Febuari 2017

ULASAN:

1. Pada kejohanan kali ini, WP hanya menghantar 2 orang atlet iaitu Nur Zur'ain dan Hanip Jamri. 

2. Perbincangan bersama JSM adalah berkaitan senarai nama atlet bagi tahun 2017. Beberapa atlet akan digugurkan terutamanya yang melebihi had umur dan tidak menjalani latihan tempoh yang lama.

3. Perbincangan juga melibatkan kejohanan yang bakal disertai bagi tahun 2017. Pada 15-20 Febuari 2017 akan diadakan Kej. National Youth U25 & Mixed Pairs di Terengganu namun pihak JSM tidak akan menghantar penyertaan disebabkan akan terlibat dengan satu kejohanan antarabangsa di Labuan pada 24-26 Febuari 2017.

4. Pihak USPTWP akan ke Labuan pada 24hb Febuari 2017 bagi menghadiri mesyuarat JKK bersama Persatuan Sukan WP Labuan. 

Sekian, terima kasih. 

"USAHA ASAS KECEMERLANGAN"

 

Saya yang menurut perintah,

 


(AKMAL SYARIFUDDIN BIN AHMAD)

Pemangku Ketua Unit

Unit Sukan Prestasi Tinggi Wilayah Persekutuan 

Majlis Sukan Wilayah Persekutuan

 

No. Tel        : 03-8892 6600/ Ext. 6777

No. Faks      : 03-8892 6616

Blog            : http://usptnwp.blogspot.com

No comments:

Post a Comment