Thursday 12 May 2011

KARNIVAL PELAPIS NEGERI KE 9 KELANTAN 2011

Salam 1 Malaysia,


Karnival Pelapis Negeri Kali ke 9 2011 telah membuka tirainya bermula 11 Mei 2011 dan berakhir pada 15hb Mei ini dengan negeri Che Siti Wan Kembang iaitu negeri Kelantan bertanggung jawab selaku tuan rumah pada edisi kali ini. Sebanyak 6 acara sukan iaitu Memanah, Gimrama, Gimnastik, Angkat Berat, Tinju dan Sepak Takraw dipertandingkan .
Kontinjen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hanya mengambil bahagian di dalam acara Memanah, Angkat Berat dan Gimrama, manakala Labuan mengambil bahagian dalam acara Tinju, Angkat Berat dan Memanah.

Pada hari pertama kejohanan hanya sukan ginrama sahaja yang terlibat bagi kontinjen W.P manakala dua sukan yang lain iaitu memanah dan angkat berat akan beraksi pada hari kedua kejohanan.Namun kontinjen Wilayah telah menguasai acara ginrama pada kali ini dimana Wilayah Persekutuan telah mengutip empat pingat emas dan lima pingat perak pada hari pertama kejohanan berlansung.

Berikut adalah keputusan pemenang-pemenang pingat bagi kontinjen W.Persekutuan.

Gred 2
Keputusan Keseluruhan Individu
Chan Wing Yan - Pingat Emas
Wong Jun Yu - Pingat Perak
Lydia Teoh - Pingat Perak
Lee Kah Mun - Tempat ke 4

Gred 5
Keputusan Keseluruhan Individu
Nurfatinah Bt Anuar - Pingat Emas

Gred 1
Keputusan Keseluruhan Individu
Sofie Ayuni Bt Sofian - Pingat Emas
Faliha Shaslynne Bt. Ahmad Husni - Pingat perak

Gred 4
Keputusan Keseluruhan Individu
Mariah Izabelle Marican - Pingat Emas
Nuraqila Bt Jumaidi - Pingat Perak

Pada hari kedua kejohanan diharapkan kontinjen W.Persekutuan akan memberi aksi yang cemerlang dalam acara-acara yang disertai.

Selamat maju jaya
We love Wilayah




No comments:

Post a Comment