LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN, PERJUMPAAN PERSATUAN/ JURULATIH / ATLET
Tarikh : 9hb Mei 2011
Masa : 3.30 - 4.30pm
Tempat : Stadium Badminton
Cheras
Kehadiran Atlet : 52
Kehadiran Jurulatih : 2
LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN
Perjumpaan bersama persatuan (Mr. Veera): SDO berjumpa dengan pegawai persatuan untuk mengambil laporan kewangan
kejohanan sirkit 2 di Melaka pada bulan April yang lepas. Selain itu SDO berkenalan buat pertama kalinya dengan pegawai-pegawai persatuan badminton
Kuala Lumpur (KLBA).
Perjumpaan bersama jurulatih ( Mr. Shankar) : SDO berbincang berkenaan persiapan atlet ke Kejohanan Grand Prix Final di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Jurulatih memaklumkan bahawa kedatangan atlet-atlet pada sesi latihan tidak konsisten disebabkan komitmen mereka terhadap peperiksaan pertengahan tahun. Selain itu, jurulatih mensasarkan 2 orang atlet akan menyinar di kejohanan GP final iaitu Zulfadli Zulkifli ( bwh 18)
dan Leong Jun Hoa (bwh 12).
Perjumpaan bersama atlet: Atlet memaklumkan mereka akan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun sebelum GP Final
dan tidak dapat menjalani latihan setiap hari. SDO mengambil maklum perkara ini.
Perkara Berbangkit:-
Jurulatih memaklumkan tentang kekurangan bulu tangkis untuk atlet menjalani latihan dan meminta bantuan SDO
untuk mengambil berat tentang masalah ini. SDO mencadangkan agar atlet dan jurulatih dapat menggunakan bulu tangkis
dengan efisien.
Sekian.
MOHD DINIE BIN SUHAMI
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
USPTNWP
BADMINTON, OLAHRAGA
No comments:
Post a Comment