Tuesday, 31 January 2012

Pemantauan PLN Olahraga Januari 2012

Tarikh:30 Jan 2012
Masa: 4.30 ptg- 6.00 ptg
Tempat: Kompleks Sukan Kg.Pandan
Kehadiran: JSM dan 10 atlet

Perjumpaan bersama JSM:
SDO menyerahkan bantuan peralatan yang diberi oleh MSN kepada jurulatih untuk memudahkan atlet menjalani latihan.

En.Alex amat berterima kasih di atas bantuan yang diberikan.

Perbincangan mengenai kejohanan terdekat iaitu MSSWP yang akan berlansung pada bulan Mac 2012 di trek Bandar Sri Permaisuri.

Perjumpaan bersama atlet:
Para atlet giat menjalani latihan conditioning di gim.

Tiada masalah sepanjang pemantauan dijalankan.

Sekian, terima kasih.

Mohd Dinie bin Suhami
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Wilayah Persekutuan

Pemantauan PLN Berbasikal Januari 2012

Salam

Tarikh: 31hb Januari 2012
Masa: 4.00 - 7.00pm
Tempat: Bandar Tun Razak dan Kedai JPM
Kedatangan:JPM,JSM dan 8org atlet


Pemantauan pada bulan Januari tlh dijalankan dan beberapa perkara telah dipantau dan dimaklumkan kepada SDO

Latihan dijalankan di sekitar Bandar Tun Razak memandangkan velodrom digunakan oleh negara negara yang menyertai ACC 2012. Selain itu, latihan dijalankan di laluan pertandingan sportexcel sirkit 1 yang akan dijalankan pada 3 hingga 5 Feb ini

JPM memaklumkan bahawa seramai 10 orang atlet akan mengambil bahagian di kej minggu ini.

Terdapat seorang atlet pelapis negeri yang mengalami kecederaan di tangan kerana jatuh tetapi masih menjalani latihan (argo).

Sekian.

Ahmad NorZahin b. Mohamed Zain

Pemantauan PLN Skuasy Januari 2012

Tarikh: 28 Januari 2012
Masa: 1.30 petang - 2.15 petang
Tempat: Pusat Skuasy Jalan Duta, Kuala Lumpur
Kehadiran: Jurulatih persatuan, SDO dan 15 atlet

Perjumpaan bersama Jurulatih:
Membincangkan isu pelantikan jurulatih di PLN skuasy. Seperti yang telah dibincangkan dalam Mesyuarat JKK pada 27 Januari, pihak persatuan mencadangkan nama Encik Lawrence Kwan sebagai calon untuk JSM.

Buat masa ini, para atlet dilatih oleh jurulatih persatuan iaitu Encik Kenneth Low, Encik Lawrence Kwan dan jurulatih dari ATM iaitu Encik Mohd Rizal Salleh.

Perbincangan mengenai kejohanan terdekat iaitu MSSWP yang akan berlangsung pada 14 hingga 17 Februari 2012 bertempat di Pusat Skuasy Jalan Duta , Kuala Lumpur.

Perjumpaan bersama atlet:
SDO diperkenalkan kepada atlet-atlet baru.

SDO turut berjumpa dengan atlet-atlet SUKMA. Para atlet giat menjalani latihan di bawah kendalian Encik Kenneth Low.

Para atlet giat menjalani latihan sebagai persiapan bagi kejohanan MSSWP yang mendatang.

Tiada masalah sepanjang pemantauan dijalankan.

Sekian, terima kasih.

SHA'IF BIN BAHARUDDIN
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Wilayah Persekutuan
Memanah dan Skuasy

Pemantauan PLN Memanah Januari 2012

Tarikh: 31 Januari 2012
Masa: 2.30 petang - 3.30 petang
Tempat: SMK St. John, Kuala Lumpur
Kehadiran: JSM, 2 guru dan 13 atlet

Perjumpaan bersama JSM:
Sepertimana yang telah dibincangkan dalam Mesyuarat JKK pada 27 Januari yang lalu, Pn. Norlia telah bersetuju untuk menyambung kontrak.

Buat masa ini, JSM dibantu oleh dua orang guru SMK St. John iaitu Encik Azlan dan Cik Tamil Malar.

Perbincangan mengenai kejohanan terdekat iaitu MSSWP yang akan berlangsung pada 13 hingga 17 Februari 2012 di Sekolah Pengkalan Tentera Darat, Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Perjumpaan bersama atlet:
SDO bertemu dengan atlet lama dan diperkenalkan kepada atlet-atlet baru.

Para atlet giat menjalani latihan sebagai persiapan bagi kejohanan MSSWP.

Tiada masalah sepanjang pemantauan dijalankan.

Sekian, terima kasih.

SHA'IF BIN BAHARUDDIN
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Wilayah Persekutuan
Memanah dan Skuasy

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sukan Memanah Bil.1/2012 Unit Sukan Prestasi Tinggi Wilayah Persekutuan

Tarikh: 27hb Januari 2012
Tempat: Bilik Mesyuarat MSWP
Masa: 10.00 pagi - 12.30 tengahari
Kehadiran: 9 orang

Senarai kehadiran:
1. Timbalan Pengarah MSWP, Encik Jambak bin Jamal
2. Ketua Unit USPTWP, Encik Mohd Hazriq Ikhwan bin Mohd Sharif
3. 4 orang PPN
4. JSM, Pn. Norlia Yahya
5. Setiausaha Persatuan Memanah Red Arrows, Encik Farid Shamsudin
6. Pengurus Pasukan Memanah Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Muhammad Ghazalli Alang Hassan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Satu mesyuarat Jawatankuasa Kerja sukan memanah Bil. 1/2012 telah diadakan di mana Timbalan Pengarah MSWP telah mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Seramai 9 orang ahli mesyuarat telah menghadiri mesyuarat tersebut yang terdiri daripada Timbalan Pengarah MSWP, Ketua Unit USPTWP, PPN, JSM dan wakil persatuan.

Antara agenda-agenda yang telah dibincangkan semasa mesyuarat ialah:-

Pembentangan PPN mengenai program latihan 2012
- Pusat Latihan
- Jurulatih
- Atlet
- Pertandingan

Perbincangan mengenai Program Binaan

Hal-hal lain
- JSM, Pn. Norlia bersetuju untuk melanjutkan kontrak beliau bagi tempoh Februari - Disember 2012.

- Cadangan untuk melantik JSM tambahan di PLN. Encik Mohd Azlan Ibrahim dicalonkan sebagai JSM tambahan untuk membantu Pn. Norlia di PLN.

- Persiapan atlet memanah bagi SUKMA XV Pahang 2012.

Penangguhan mesyuarat pada jam 12.30 tengahari.

Sekian, terima kasih.

SHA'IF BIN BAHARUDDIN
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Wilayah Persekutuan
Memanah dan Skuasy

Mesyuarat JKK Sukan Skuasy bagi USPTWP Bil. 1/2012

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sukan Skuasy Bil. 1/2012 Unit Sukan Prestasi Tinggi Wilayah Persekutuan

Tarikh: 27hb Januari 2012
Tempat: Bilik Mesyuarat MSWP
Masa: 3.00 petang - 5.00 petang
Kehadiran: 7 orang

Senarai kehadiran:
1. Timbalan Pengarah MSWP, Encik Jambak bin Jamal
2. Ketua Unit USPTWP, Encik Mohd Hazriq Ikhwan bin Mohd Sharif
3. 4 orang PPN
4. Setiausaha Persatuan Skuasy Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Ampandi Omar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Satu mesyuarat Jawatankuasa Kerja sukan skuasy Bil. 1/2012 telah diadakan di mana Timbalan Pengarah MSWP telah mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Seramai 7 orang ahli mesyuarat telah menghadiri mesyuarat tersebut yang terdiri daripada Timbalan Pengarah MSWP, Ketua Unit USPTWP, PPN dan wakil persatuan.

Antara agenda-agenda yang telah dibincangkan semasa mesyuarat ialah:-

Pembentangan PPN mengenai program latihan 2012
- Pusat Latihan
- Jurulatih
- Atlet
- Pertandingan

Perbincangan mengenai Program Binaan

Hal-hal lain
- Cadangan untuk melantik Encik Kenneth Low sebagai Jurulatih Sepenuh Masa (JPM) di PLN Skuasy.

- Cadangan untuk melantik JSM tambahan di PLN. Pihak persatuan mencadangkan nama Encik Lawrence Kwan sebagai calon JSM.

- Persiapan atlet skuasy bagi SUKMA XV Pahang 2012.

Penangguhan mesyuarat pada jam 5.00 petang.

Sekian, terima kasih.

SHA'IF BIN BAHARUDDIN
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Wilayah Persekutuan
Memanah dan Skuasy

Monday, 30 January 2012

Mesyuarat JKK Bil 1 2012 Akuatik & Berbasikal

Salam

Pada 30hb Januari 2012,satu mesyuarat JKK telah selesai dijalankan bagi sukan Akuatik dan Berbasikal.

Banyak perkara yang telah dibincangkan dan beberapa masalah dapat diselesaikan seperti pusat latihan,klinik dan kem yang akan dianjurkan bagi tahun 2012.

Semoga mesyuarat ini dapat melicinkan dan memberi kebaikan bersama untuk Usptn WP,MSWP,Persatuan,Jurulatih dan Atlet.

Sekian.

Ahmad Norzahin B. Mohamed Zain

Tuesday, 17 January 2012

Pemantauan Pusat Latihan Renang Januari 2012

Tarikh: 16.1.2012
Masa : 8.00 - 8.45pm
Tempat: Kompleks Renang Cheras
Kehadiran: SDO,JSM,25org Atlet

Perjumpaan bersama keluarga:
Keluarga berjumpa dengan SDO tentang prestasi anaknya yg baik sepanjang program latihan dan kem pusat yang diadakan pada Disember 2011.

Perjumpaan bersama JSM:
JSM memaklumkan ttg mslh lane yg amat sikit dan perlu digunakan oleh rmai atlet kerana perlu berkongsi dengan orang ramai.SDO akan merujuk kepada DBKL ttg mslh ini. JSM juga memberi maklumat atlet yg akan diserap didlm program tahun 2012.

Perjumpaan bersama atlet:
Tiada msalah utk menjalani latihan

Sekian terima kasih.

Ahmad Norzahin b. Mohamed Zain
USPTN WP

Thursday, 5 January 2012

Pemantauan Pusat Latihan Terjun Januari 2012

Salam

Tarikh: 4.1.2012
Masa : 3.00 - 4.00pm
Tempat: Kompleks Renang Cheras
Kehadiran: SDO,penyelaras MSWP,Pra KL, JLN,5org
Atlet


Perjumpaan bersama Pra KL:
Berbincang mengenai perenang dan penerjun yang akan terlibat di Sukma 2012 dan perbincangan berkenaan mesyuarat JKK akuatik tahun 2012

Perjumpaan bersama keluarga:
Keluarga berjumpa berkenaan makluman dan pelepasan penerjun utk menjalani latihan utk dihantar ke sekolah.

Perjumpaan bersama JLN:
JLN memaklumkan ingin menangguhkan cuti rehat selepas Sukma 2012 dan menghantar maklumat atlet
Utk didaftarkan sebagai atlet pelapis WP 2012

Perjumpaan bersama atlet:
Tiada msalah utk menjalani latihan

Sekian terima kasih.

Ahmad Norzahin b. Mohamed Zain
USPTN WP