Tuesday 31 January 2012

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sukan Memanah Bil.1/2012 Unit Sukan Prestasi Tinggi Wilayah Persekutuan

Tarikh: 27hb Januari 2012
Tempat: Bilik Mesyuarat MSWP
Masa: 10.00 pagi - 12.30 tengahari
Kehadiran: 9 orang

Senarai kehadiran:
1. Timbalan Pengarah MSWP, Encik Jambak bin Jamal
2. Ketua Unit USPTWP, Encik Mohd Hazriq Ikhwan bin Mohd Sharif
3. 4 orang PPN
4. JSM, Pn. Norlia Yahya
5. Setiausaha Persatuan Memanah Red Arrows, Encik Farid Shamsudin
6. Pengurus Pasukan Memanah Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Muhammad Ghazalli Alang Hassan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Satu mesyuarat Jawatankuasa Kerja sukan memanah Bil. 1/2012 telah diadakan di mana Timbalan Pengarah MSWP telah mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Seramai 9 orang ahli mesyuarat telah menghadiri mesyuarat tersebut yang terdiri daripada Timbalan Pengarah MSWP, Ketua Unit USPTWP, PPN, JSM dan wakil persatuan.

Antara agenda-agenda yang telah dibincangkan semasa mesyuarat ialah:-

Pembentangan PPN mengenai program latihan 2012
- Pusat Latihan
- Jurulatih
- Atlet
- Pertandingan

Perbincangan mengenai Program Binaan

Hal-hal lain
- JSM, Pn. Norlia bersetuju untuk melanjutkan kontrak beliau bagi tempoh Februari - Disember 2012.

- Cadangan untuk melantik JSM tambahan di PLN. Encik Mohd Azlan Ibrahim dicalonkan sebagai JSM tambahan untuk membantu Pn. Norlia di PLN.

- Persiapan atlet memanah bagi SUKMA XV Pahang 2012.

Penangguhan mesyuarat pada jam 12.30 tengahari.

Sekian, terima kasih.

SHA'IF BIN BAHARUDDIN
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Wilayah Persekutuan
Memanah dan Skuasy

No comments:

Post a Comment