Tuesday 31 January 2012

Pemantauan PLN Skuasy Januari 2012

Tarikh: 28 Januari 2012
Masa: 1.30 petang - 2.15 petang
Tempat: Pusat Skuasy Jalan Duta, Kuala Lumpur
Kehadiran: Jurulatih persatuan, SDO dan 15 atlet

Perjumpaan bersama Jurulatih:
Membincangkan isu pelantikan jurulatih di PLN skuasy. Seperti yang telah dibincangkan dalam Mesyuarat JKK pada 27 Januari, pihak persatuan mencadangkan nama Encik Lawrence Kwan sebagai calon untuk JSM.

Buat masa ini, para atlet dilatih oleh jurulatih persatuan iaitu Encik Kenneth Low, Encik Lawrence Kwan dan jurulatih dari ATM iaitu Encik Mohd Rizal Salleh.

Perbincangan mengenai kejohanan terdekat iaitu MSSWP yang akan berlangsung pada 14 hingga 17 Februari 2012 bertempat di Pusat Skuasy Jalan Duta , Kuala Lumpur.

Perjumpaan bersama atlet:
SDO diperkenalkan kepada atlet-atlet baru.

SDO turut berjumpa dengan atlet-atlet SUKMA. Para atlet giat menjalani latihan di bawah kendalian Encik Kenneth Low.

Para atlet giat menjalani latihan sebagai persiapan bagi kejohanan MSSWP yang mendatang.

Tiada masalah sepanjang pemantauan dijalankan.

Sekian, terima kasih.

SHA'IF BIN BAHARUDDIN
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Wilayah Persekutuan
Memanah dan Skuasy

No comments:

Post a Comment