Friday 10 February 2012

Pemantauan Pusat Latihan Berbasikal Februari 2012

Salam
Tarikh:10hb Februari 2012
Masa : 11.00 - 12.15pm
Kehadiran: Pengarah MSWP,Setiausaha PBKL, JPM,SDO dan 7org atlet

Pemantauan pusat latihan di Velodrom Cheras bersama pengarah MSWP yang ingin memantau pusat latihan sukan berbasikal USPTN WP disamping menghadiri kejohanan ACC 2012.
Banyak perkara dibincangkan semasa pertemuan bersama persatuan seperti bantuan untuk penginapan seperti katil dan tilam yang akan diletakkan di velodrom untuk pelumba WP. Selain itu, MSWP akan membeli 6buah basikal untuk salurkan kepada PBKl.
Pengarah MSWP juga memaklumkan berkenaan bantuan elaun latihan untuk atlet yang terpilih ke SUKMA Pahang.
Manakala atlet pelapis negeri baru pulang menjalani latihan harian.
Sekian
Ahmad Norzahin b. Mohamed Zain

No comments:

Post a Comment