Salam 1 Malaysia,
Pada 25 - 26hb Feb 2012,USPTN WP dgn kerjasama PBKL dan ISN telah menganjurkan program TID dan Klinik Pengenalan Sukan Berbasikal peringkat WP bertempat di Velodrom Cheras yg bertujuan mencari bakat bakat baru dlm sukan berbasikal.
Seramai 45 orang palajar sekolah dan 15orang pelumba pelapis negeri WP tlh menyertai program dua hari ini yang dipenuhi dgn ujian kecergasan kelolaan ISN,teori pengenalan sukan berbasikal kelolaan jurulatih jurulatih WP dan kelas praktikal sukan berbasikal.
Hari pertama program dimulakan dgn ujian kecergasan oleh ISN dimana sebanyak 6ujian dijalankan iaitu:-
1) Antropometric
2) Vertical Jump
3) Maximum Push Up
4) Standing Broad Jump
5) 40 meter dash
6) 1km Wattbike
Sesi ptg pula diteruskan dgn kelas teori pengenalan basikal yg dikelolakn oleh jurulatih berbasikal. Pelajar pelajar di dedahkan dgn peralatan peralatan basikal seperti road bike,track bike,MTB,roller dan lawatan ke velodrom serta demonstrasi kayuhan roller oleh peluma pelapis negeri WP.
Hari kedua program ini diteruskan dgn sesi praktikal dimana pelajar pelajar diberi peluang untuk mengayuh basikal di velodrom Cheras. Peserta peserta program ini diajar cara menaiki basikal,ciri ciri keselamatan semasa berbasikal dan teknik kayuhan yang betul.
Program ini tamat pada 12 tgh hari dan beberapa peserta dilihat berpotensi untuk diserapkan ke dalam program pelapis negeri WP. Semoga prgram ini akan dijadikan program tahunan USPTNWP dan PBKL dalam mencungkil bakat baru sukan berbasikal.
Sekian
Ahmad Nozahin b. Mohamed Zain
No comments:
Post a Comment