Sunday 19 October 2014

LAPORAN PEMANTAUAN HARI KETIGA KEJOHANAN ANGKAT BERAT KEBANGSAAN BAWAH 16 & 12 TAHUN 2014

Tarikh : 18 Oktober 2014 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.30 petang
Tempat : South City Plaza, Seri Kembangan, Selangor

Hari ketiga diteruskan seperti biasa dengan acara wanita bawah 12 tahun (48 kg, +48 kg) pada 10.00 pagi diikuti acara lelaki bawah 16 tahun (69 kg) pada jam 12 tengahari.

Kejohanan diteruskan pada jam 2.00 petang dengan  kategori lelaki bawah 12 tahun (56 kg & +56 kg) bermula jam 2.00 petang dikuti kategori wanita bawah 16 tahun (53 kg, 58 kg, 63 kg, 69 kg & +69 kg) pada jam 4.00 petang.
Untuk hari ini, 4 pingat emas dan 2 pingat perak berjaya dimenangi oleh Wilayah Persekutuan melalui 4 orang atlet iaitu:

Bawah 12 tahun
Kategori bawah 69 Lelaki
1. Jordan Teo Samuel
 - Snatch (ke 5)
 - Clean and Jerk (ke5)
Kategori 48+ Wanita
1. Hani Karmila Khairul
 - Snatch (Emas, 30kg)
 - Clean and Jerk (Emas, 40kg)
Bawah 16 Tahun
Kategori 53kg Wanita
1. NurAtikah bt Mohd Sobri
 - Snatch (Emas,60kg)
 - Clean and Jerk (Emas,75kg)
2. Elian Elianna John
 -Snatch (Perak, 51kg)
 - Clean and Jerk (Perak,50kg)
 
Sekian.
--
MOHD AZRI HEIKAL B ABD LATIF
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN WP
Renang, Terjun, Angkat Berat
019-4308772 / 03-8892 6712
usptnwp.blogspot.com

No comments:

Post a Comment