Monday, 18 May 2015

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN TERJUN MEI 2015

Tarikh: 14.5.2015 (KHAMIS)
Masa: 4.00 - 5.00 petang
Tempat: Dry Gym, Kompleks Renang Kuala Lumpur, Cheras

KEHADIRAN:
1. En. Qi Jian Hua - JLN
2. En. Mohamad Syafiq Bin Shaharuddin - Penyelaras MSWP
3. 5 orang atlet

LATIHAN
- Atlet menjalani latihan lompatan di Spring Board dan Trampoline.
Atlet juga menjalani latihan untuk memperkemaskan teknik terjun.

UJIAN
- Tiada Ujian Yang Dijalankan.

PERTANDINGAN
- Kejohanan Terjun Pelapis Peringkat Zon Tengah Siri 2/2015 pada 12-14 Jun 2015 

KECEDERAAN
- Tiada Sebarang Kecederaan.

ULASAN
1. Latihan hanya dapat dijalankan di Dry Gym sahaja berikutan kolam masih dalam penyelenggaraan berikutan kerosakan pam. Pihak DBKL telah pun membaiki kerosakan tersebut dan kolam akan dapat digunakan dalam masa terdekat.
2. Terdapat juga beberapa kerosakan kecil seperti tingkap pecah, lampu dan kipas tidak berfungsi. Pihak USPTWP mengambil makluman mengenai kerosakan tersebut dan akan mengambil tindakan seterusnya.
3. Atlet menjalani latihan bagi menghadapi Kejohanan Terjun Pelapis Siri 2.

Sekian, terima kasih.

MOHD MUZHAFAR BIN HAMDAN
PPN WP2
USPTWP

No comments:

Post a Comment