Wednesday 30 March 2011

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN BOWLING MAC 2011







PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN TENPIN BOLING
WILAYAH PERSEKUTUAN-KUALA LUMPUR)


Tarikh : 24 Mac 2011 (Khamis)
Masa : 8 Malam
Tempat : Megalanes Indah Parade, Kuala Lumpur
Program : Sukan Tenpin Boling Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur)

Program Bermula : 8.00 Malam hingga 10.00 Malam
Kehadiran Atlet : 32 Orang
Kehadiran Jurulatih : 2 Orang - En. Dzulkarnain Sapian (JPM)/En. Choo Yew Kuan (JSM)

Laporan Ringkas Pemantauan

1. Hasil pemantauan yang dijalankan didapati latihan berjalan dengan lancar dan kehadiran atlet amat memuaskan iaitu seramai 32 daripada 39 orang dari jumlah keseluruhan. Sebilangan atlet yang tidak dapat hadir menjalani latihan adalah kerana terlibat dengan sesi pemilihan untuk mewakili sekolah ke kejohanan MSS Selangor.

2. Atlet-atlet menjalani latihan mengikut teknik-teknik yang diajar oleh jurulatih dan jurulatih telah menjalankan tugas dengan sistematik dan teratur.

3. Latihan pada 24.03.2011 berakhir pada jam 10.00 malam.


Sekian


ZURINA BT KHALIT
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
USPTWP
TENPIN BOWLING

No comments:

Post a Comment