Wednesday 30 March 2011

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN RENANG MAC 2011




LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN, PERJUMPAAN JURULATIH / ATLET / KELUARGA / PERSATUAN


Tarikh : 29hb Mac 2011
Masa : 7.30pm - 8.30pm
Tempat : Kompleks Renang Cheras, Kuala Lumpur
Kehadiran Atlet : 25
Kehadiran Jurulatih : 1

LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN

Latihan berjalan lancar sebagai persediaan perenang ke 47th NAG Swimming Championship 2011 di
Melaka pada 1 - 3 hb April 2011.

Perbincangan telah dilakukan dengan beberapa pihak seperti : -

1) Perjumpaan bersama persatuan : Pihak persatuan memaklumkan seramai 42 orang perenang
yang akan mewakili KL ke 47th NAG, dimana 27orang perenang adalah atlet di bawah program pelapis negeri.

2) Perjumpaan bersama jurulatih : Hanya seorang jurulatih yang menjalankan latihan iaitu En.
Kamaruddin b Mustafa (JSM) kerana Jurulatih Luar Negara, He Tinglan mengambil cuti. JSM juga memaklumkan
pada tahun 2011, KL telah menjadi juara keseluruhan pada kej. MSSM 2011 di Melaka berbanding tempat ke 4
pada tahun 2010. Majoriti perenang yang bertanding di MSSM adalah di bawah program pelapis negeri.

3) Perjumpaan bersama atlet : Atlet berlatih tanpa sebarang masalah seperti waktu latihan, jurulatih ataupun kekurangan
peralatan.

4) Perjumpaa bersama keluarga : Terdapat keluhan dari keluarga tentang penamatan kontrak JLN, He Tinglan
pada tahun ini kerana mereka berasa senang dengan cara kerja jurulatih dari China itu yang tegas dan berdisiplin
semasa latihan dan mereka sangat berpuas hati dengan prestasi anak2 mereka dibawah tunjuk ajar jurulatih JLN.

Sekian.



AHMAD NORZAHIN BIN MOHAMED ZAIN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
AKUATIK (RENANG)
USPTWP
0193680824
http://usptnwp.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment