Wednesday 30 March 2011

Pemantauan Pusat Latihan Sukan Terjun WP Bulan Mac 2011







Assalamualaikum..

LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN, PERJUMPAAN JURULATIH / ATLET / KELUARGA / PERSATUAN

Tarikh : 29hb Mac 2011
Masa : 4.30ptg - 7.30ptg
Tempat : Kompleks Renang Cheras, Kuala Lumpur
Kehadiran Atlet : 6
Kehadiran Jurulatih : 1

LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN

Latihan berjalan lancar dan tiada masalah berlaku semasa latihan. Penerjun KL telah berlatih bersama Penerjun
Pelapis Kebangsaan yang turun berlatih di Kompleks Renang Cheras.

Perbincangan telah dilakukan dengan beeberapa pihak seperti : -

1) Perjumpaan bersama persatuan (Cik Jessie) : Perbincangan tentang persediaan penerjun utk menyertai
Kej. Terjun Sirkit Pelapis 2011 di Paroi.

2) Perjumpaan bersama jurulatih : Jurulatih memaklumkan beliau masih bersedih selepas kematian bapanya
pada bulan lepas. Selain itu, jurulatih melaporkan keputusan yang baik oleh penerjun KL semasa MSSM 201.

a) Dhabitah : 2 Emas ( 1m dan 3m Group C )
b) Daniel : 1 Perak ( 1m Group B )
c) Nazirul : 1 Perak ( 1m Group C )

3) Perjumpaan bersama atlet : Atlet tidak menghadapi masalah dari segi latihan, sekolah dan persediaan ke kejohanan
akan datang.

4) Perjumpaa bersama keluarga : SDO bertemu dengan ibu Mohd Nazreen dan mengambil maklum tentang tawaran
ke Pelapis Kebangsaan bermula 1hb Mac 2011 - 31hb Disember 2011. Selain itu, SDO bertemu dengan bapa Nazirul
yang berpuas hati dengan prestasi anaknya yang semakin meningkat dibawah bimbingan jurulatih.

Sekian, terima kasih

AHMAD NORZAHIN BIN MOHAMED ZAIN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
AKUATIK (TERJUN)
USPTWP

No comments:

Post a Comment