Thursday 21 April 2011

KURSUS PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM SUKAN PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN

Assalam w.b.t


Pada 20 - 22 April, telah berlangsung kursus penyalahgunaan dadah dalam sukan
untuk jurulatih dan pengurus persatuan persatuan sukan di Wilayah Persekutuan.

Kursus ini bertujuan memberi maklumat dan pengetahuan tentang penyalahgunaan dadah
dalam sukan khususnya di WP. Seramai 20 orang peserta yang terlibat iaitu jurulatih dan pengurus pasukan semasa kursus berlangsung.

Antara penceramah yang menyampaikan maklumat adalah Prof Madya Dr. Anuar Suun
dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan En. Syamsul Anuar dari Agensi Antidadah
Kebangsaan (AADK)

Semoga segala input yang telah diberi dapat diaplikasikan dalam program latihan
jurulatih dan memberi manfaat kepada atlet atlet WP

Sekian.




1 comment: