Tuesday 5 April 2011

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN TERJUN APRIL 2011




Assalamualaikum..


LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN, PERJUMPAAN JURULATIH / ATLET / KELUARGA / PERSATUAN


Tarikh : 5hb April 2011
Masa : 3.00 - 5.30pm
Tempat : Dry Gym, Kompleks Renang Cheras.
Kehadiran Atlet : 6
Kehadiran Jurulatih : 1

LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN

Latihan berjalan lancar dan tiada masalah berlaku semasa latihan. Penerjun KL telah berlatih bersama Penerjun
Pelapis Kebangsaan yang turun berlatih di Kompleks Renang Cheras.

Perbincangan telah dilakukan dengan beberapa pihak seperti : -

1) Perjumpaan bersama persatuan (Cik Jessie) : Mengambil laporan bulanan jurulatih terjun dan perbincangan tentang
mesyuarat JKK yang akan diadakan pada minggu hadapan.

2) Perjumpaan bersama jurulatih : Jurulatih memaklumkan hanya 3orang penerjun akan mengambil bahagian dalam
kej. terjun pelapis sirkit 1. Jurulatih memaklumkan bahawa penerjun, Hanis Nazirul akan bertanding dalam acara 1m,3m
dan platform berbanding hanya 1m sebelum ini.

3) Perjumpaan bersama atlet : Atlet bersedia dan berlatih dengan bersungguh untuk menghadapi kejohanan.

4) Perjumpaa bersama keluarga : Bapa Nurdhabitah meminta jasa baik jurulatih dan SDO untuk memberi kelonggaran
kepada anaknya untuk berlatih memandangkan Dhabitah akan menghadapi UPSR pada tahun ini.

Sekian, terima kasih



AHMAD NORZAHIN BIN MOHAMED ZAIN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
AKUATIK (TERJUN)
USPTWP
0193680824

2 comments: