Tuesday 12 April 2011

Pemantauan Pusat Latihan Badminton

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN BADMINTON
WILAYAH PERSEKUTUAN-KUALA LUMPUR)


Tarikh : 12 APRIL 2011 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur
Program : Sukan Badminton Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur)

Program Bermula : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Kehadiran Atlet : 20 Orang
Kehadiran Jurulatih : 1 Orang - En. Sankar Annamalai (Lantikan Persatuan)

Laporan Ringkas Pemantauan

1. Jurulatih persatuan, En. Sankar Annamalai meminta mempercepatkan perlantikan jurulatih sepenuh masa (JPM) dan beliau berharap penambahan jurulatih sambilan bagi membantu beliau dalam latihan yang dijalankan.

2. Jurulatih persatuan juga turut mengadu terdapat kebocoran pada bumbung stadium. Ini telah menjejaskan sesi latihan semasa hujan.

3. Hasil daripada pemantauan, didapati para atlet sedang giat menjalani latihan bagi menghadapi Kejohanan Sirkit 2 Zon B 2011 di Melaka.

4. Perbincangan bersama atlet dan jurulatih mengenai program latihan.


5. Latihan pada 12.04.2011 berakhir pada jam 11.00 pagi.


Sekian


ZURINA BT KHALIT
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
USPTWP
BADMINTON





3 comments:

  1. mcam mana saya nak join latihan????

    ReplyDelete
  2. Adam Saleh:

    Kalau nak join training, sila berhubung dengan Pegawai Pembangunan Negeri Sukan Badminton, Cik Zurina Khalit (019-2541740).

    ReplyDelete