Saturday, 1 March 2014

MESYUARAT JAWATAN KUASA KERJA SUKAN ANGKAT BERAT BIL 1/2014 USPTWP

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA SUKAN ANGKAT BERAT BIL 2/2013 USPTWP
TARIKH : 27 Februari 2014 (Khamis)
MASA : 4.30petang - 5.50petang
KEHADIRAN : 7 ORANG

Senarai Kehadiran
1). Timbalan Pengarah MSWP
2). KU 
2). 2 Orang PPN
3). 2 Jurulatih
4). Wakil Persatuan


1). Salam sejahtera, satu mesyuarat JKK sukan Angkat Berat bil. 1/2014 telah selesai diadakan yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah MSWP En Jambak B Jamal.

2). Seramai 7 orang ahli mesyuarat yang hadir . Antara agenda - agenda yang telah dibincangkan semasa mesyuarat berlangsung ialah:-

2.1) Pembentangan PPN bagi aktiviti sepanjang tahun 2014

-Pusat Latihan
-Jurulatih
-Atlet
-Pertandingan
-Program Latihan dan program tindik

2.2) Perbincangan Program Binaan

-Satu kejohanan dalaman akan diadakan antara atlet dari 3 wilayah iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
-Satu klinik pengenalan angkat berat di Sekolah Kebangsaan Desa Tasik akan dijalankan pada 8 Mac 2014 dan dibantu oleh majlis sukan Wilayah Persekutuan serta ikon angkat berat En. Matin Guntali yang merupakan bekas atlet angkat berat negara. Tujuan klinik ini dijalankan adalah untuk mempromosikan sukan angkat berat diperingkat sekolah rendah sekaligus dapat menambah atlet bagi program penggalakkan sukan (PPS) diperingkat Wilayah Persekutuan. 
 
3.3) Hal-Hal Lain

-Permasalahan Atlet
-Masalah Pusat Latihan
-Cadangan Pembukaan Pusat Latihan Yang Baru

3.4) Penangguhan Mesyuarat pada 5.50 Petang

Sekian, terima kasih.

--
MOHD AZRI HEIKAL B ABD LATIF
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN WP
Renang, Terjun, Angkat Berat
019-4308772 / 03-8892 6712
usptnwp.blogspot.com

1 comment:

  1. Mcm mana hendak mejadi ahli angkat berat utk labuan,sbb sy agak berminat utk mjadi atlet angkat berat.Maaf

    ReplyDelete