Friday 7 March 2014

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA SUKAN TAEKWONDO BIL. 1/2014

TARIKH : 6 Mac 2014 (Khamis)
MASA : 10.30 pagi - 1.30 tengahari
KEHADIRAN : 7 orang

Senarai Kehadiran
1) En. Jambak Bin Jamal - Timbalan Pengarah MSWP
2) En. Fadzlan Naim Bin Anuar - Penolong Pengarah MSWP
3) En. Ahmad Nor Zahin Bin Mohamed Zain - Ketua Unit USPTWP
4) En. Asrezza Bin Abas - Penyelaras Sukan Taekwondo MSWP
5) Pn. Lee Wan Yuen - JSM
6) En. Wong Kang Woon - Setiausaha TKL

Salam sejahtera, Mesyuarat JKK Sukan Taekwondo Bil. 1/2014 telah selesai diadakan dan dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah MSWP, En. Jambak Bin Jamal.

Seramai 7 orang ahli mesyuarat telah hadir. Antara agenda yang telah dibincangkan semasa mesyuarat berlangsung ialah:-

i)Pembentangan PPN bagi aktiviti sepanjang tahun 2014
- Pusat Latihan
- Jurulatih
- Atlet 
- Penyertaan Pertandingan
- Program Binaan

ii) Perbincangan JSM
 - JSM yang akan menggantikan En. Selvamuthu masih belum diterima lagi dari pihak Taekwondo Malaysia (TM).

iii) Program Binaan
 - Pihak TKL bersama-sama JSM akan merangka kem serta program pembangunan Taekwondo dalam masa yang terdekat.

iv) Hal-hal lain
 - Atlet dari Kepong serta Sekolah Sukan Titiwangsa akan datang berlatih di Pusat Latihan WIPERS sekurang-kurangnya sebulan sekali berikutan masalah pengangkutan serta jarak tempat kediaman yang jauh.

v) Penangguhan Mesyuarat pada jam 1.30 petang.

Sekian, terima kasih.

MOHD MUZHAFAR BIN HAMDAN
PPN WP2
USPTWP

No comments:

Post a Comment