TARIKH : 23 Mac 2016 (Rabu)
TEMPAT : Lapang Sasar Memanah Kompleks Sukan MSN Keramat
MASA : 6.30 pagi hingga 10.00 malam
ULASAN
1. Pada kem memanah ini, dua orang atlet USPTWP lelaki telah terpilih bersama-sama 40 orang atlet lain yang disenarai oleh pihak MSNM. Kem ini menyenaraikan atlet-atlet berusia bawah 15 tahun. Seorang atlet USPTWP wanita tidak dapat hadir kerana terlibat bersama pasukan memanah SMAWiP ke Kejohanan National Youth Championship 2016 di Australia pada 25-29 Mac 2016.
2. Hari kedua Kem Bakat Memanah diteruskan dengan semua atlet berkumpul di lobi pada jam 6.30 pagi untuk bergerak ke Institut Sukan Negara bagi sesi ujian kecergasan. Ujian Kecergasan ini dikelola sepenuhnya oleh pihak ISNM yang diketuai oleh Encik Tommy bersama penguji-penguji yang dilantik. Antara ujian yang dijalankan adalah Anthropometry, Flexibility (Modified Sit & Reach), Strength Endurance (Push Up, Crunches & Planking) & Aerobic (larian 2.4km).
3. Sesi petang diteruskan dengan Basic Shooting Technique. Pada sesi ini jurulatih yang berpengalaman seperti Jurulatih Othman, Jurulatih Izzudin dan beberapa orang lagi jurulatih akan membantu membetulkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan seperti kedudukan postur badan, kedudukan tangan dan cara tarikan yang betul. Sesi petang selesai pada jam 6.30 petang.
4. Pengisian program malam diteruskan dengan sesi Motivasi Psikologi yang disampaikan oleh Cik Nik Azma Hanin dari Institu Sukan Negara. Objektif ceramah bertujuan memahami kesan psikologi yang dapat dilihat sebagai satu petunjuk positif dalam diri atlet menghadapi cabaran dan mengatasi tekanan, gementar, potensi kekasaran, keyakinan dan pembangunan kendiri yang boleh menjadi pemangkin kepada penglibatan berterusan dalam aktiviti fizikal dan sukan. Sesi ceramah tamat pada jam 10.00 malam dan atlet bergerak balik ke hotel untuk berehat.
Sekian.
Akmal Syarifuddin Ahmad
Unit Sukan Prestasi Tinggi Wilayah Persekutuan
03-88926777
No comments:
Post a Comment